ANTARA inti pati utama ditekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar pertama selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 25 November 2022 adalah melawan rasuah serta penyelewengan secara serius dan habis-habisan dengan menggerakkan agenda reformasi tata kelola pemerintahan.
"Ini bermakna tata kelola harus dikemas kini. Tidak hanya kecenderungan untuk mengungkit dan membongkar kisah lama, tetapi mengizinkan kebobrokan baharu.
"Ini disepakati, itu juga syarat kita dalam membentuk Kerajaan Perpaduan," katanya dalam sidang akhbar selama kira-kira 45 minit di depan ratusan pengamal media tempatan dan antarabangsa di Sungai Long Golf and Country Club, Kajang.
Kini, setelah lebih sembilan bulan memegang tampuk pentadbiran, Perdana Menteri masih menekankan kepentingan reformasi tata kelola dan menghapus rasuah dalam setiap majlis dihadirinya, sama ada majlis formal atau program bersama rakyat.
Ia sekali gus menggambarkan agenda reformasi tata kelola dalam pentadbirannya sama penting dengan agenda pengukuhan ekonomi.
Perdana Menteri berulang kali mengingatkan bahawa integriti dan tata kelola yang baik adalah tonggak kepada sebuah kerajaan berkesan, selari dengan gagasan Membangun Malaysia MADANI yang diilhamkan.
Anwar juga menekankan usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat serta kemampanan pentadbiran kerajaan pimpinannya.
Isu integriti dan rasuah jika tidak ditangani dengan berkesan, akan menjejaskan kewibawaan Kerajaan Perpaduan, seterusnya menggugat kepercayaan masyarakat umum serta dunia antarabangsa yang akhirnya akan memberi impak negatif terhadap usaha memulihkan ekonomi negara.
Tadbir urus yang baik atau tata kelola yang cekap sering dikaitkan dengan cara atau sistem mentadbir, mengurus, mengawal selia dasar, fungsi atau perjalanan sesebuah kerajaan, perbadanan mahupun syarikat.
Sistem itu bukan sahaja merangkumi penyampaian perkhidmatan sektor awam malah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi swasta.
Dalam konteks Kerajaan Perpaduan yang berteraskan MADANI, tata kelola sering digunakan dengan maksud hampir sama. Namun ia lebih berkait rapat dengan integriti, seterusnya menghalang hasil negara daripada terus dipunggah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Usaha itu tentunya bermula melalui sistem penyampaian dalam perkhidmatan sektor awam. Ia menjadi indikator utama sejauh mana kerajaan telus dan lulus dalam aspek 'good governance'.
Tidak guna jika di peringkat pembuat dasar menetapkan agenda, tetapi yang di bawah iaitu kumpulan pelaksana tidak cekap berperanan dalam ekosistem tadbir urus ini.
Ketidakecekapan tadbir urus atau tata kelola akan membuka ruang untuk dieksploitasi sama ada oleh golongan yang menguruskannya atau pihak di luar yang mengambil kesempatan sehingga berlaku ketirisan dan pembaziran.
Penjawat Awam pelaksana agenda tata kelola
Kepincangan yang diwarisi sejak sekian lama tidak boleh dibiarkan terus berlaku. Sebelum ini, aspek tata kelola tidak begitu ditekankan dalam pelaksanaan dasar sedia ada atau mungkin tidak dipantau oleh suatu badan khas.
Sebagai contoh, di jabatan kerajaan yang melibatkan urusan orang ramai, sebanyak 10 kaunter disediakan tetapi hanya tiga yang dibuka.
Situasi ini membuka ruang kepada amalan rasuah iaitu 'potong barisan' bagi mempercepat urusan. Contoh lain adalah tempoh lama untuk proses kelulusan angkara karenah 'red tape' yang membuka ruang untuk amalan rasuah agar permohonan dipercepat atau diluluskan segera.
Maka di sinilah peranan sebuah badan khas atau entiti bagi mentadbir dan menguruskan agenda tata kelola negara yang digagaskan Perdana Menteri dapat dipraktikkan. Badan khas berkenaan seharusnya berperanan memantau kesemua agensi serta jabatan kerajaan, seterusnya mencatit segala kepincangan mahupun kekurangan sebelum laporan diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara dan Kabinet untuk ditambah baik.
Ini penting bagi mengelak gagasan reformasi tata kelola dianggap sekadar suatu 'kosmetik' atau retorik pentadbiran Kerajaan Perpaduan tanpa benar-benar reformasi dilaksanakan di peringkat pelaksana.
Kerangka dasar baharu itu hendaklah diterjemah dalam bentuk realiti melalui pelaksanaan dan tekad politik, bukannya berasaskan idealisme semata-mata.
Justeru, untuk meningkatkan integriti dan kecekapan di peringkat kumpulan pelaksana, Perdana Menteri antara lain memberi jaminan akan meneliti dan mengkaji semula upah penjawat awam yang disifatkan masih di tahap tidak memuaskan dan belum mencapai tahap yang sewajarnya.
Tekad itu dikongsikan beliau ketika Sambutan Hari Pekerja 2023 di Putrajaya pada 1 Mei lalu.
Kadar upah yang memuaskan membantu meningkatkan produktiviti penjawat awam, seterusnya sebagai dorongan untuk kumpulan pelaksana lebih berdaya saing dan menghindari perbuatan yang memporak perandakan sistem negara.
Adalah penting bagi warga perkhidmatan awam menerapkan integriti dan tata kelola cekap dalam memacu urusan pentadbiran negara bermula di setiap agensi diwakili mereka.
Ini kerana pimpinan politik serta Kabinet mungkin akan berubah namun penjawat awam kekal sebagai nadi penggerak dan tulang belakang yang mengangkat sistem serta memacu negara ke tahap lebih baik.
Menurut Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2022 dikeluarkan Transparency International, kedudukan Malaysia berada di tangga ke-61 daripada keseluruhan 180 negara berbanding ke-62 pada 2021.
Bagaimanapun, skor Malaysia jatuh satu mata iaitu daripada 48 mata pada 2021 kepada 47 mata pada 2022.
Trend ini jelas menunjukkan rasuah kekal sebagai cabaran utama dalam negara. Rasuah bukan sahaja menjejaskan tadbir urus yang baik, malah menjejaskan pembangunan sosial dan ekonomi negara.
Amalan buruk itu juga mengurangkan kepercayaan orang ramai terhadap institusi kerajaan dan pada masa sama meningkatkan kos menjalankan perniagaan oleh pihak swasta yang akhirnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.
Namun, berdasarkan penekanan terhadap aspek tata kelola serta usaha berterusan menghapus rasuah melalui reformasi di setiap agensi dan jabatan kerajaan, Perdana Menteri yakin kedudukan negara dalam CPI antarabangsa akan berada dalam keadaan lebih baik pada tahun hadapan.
Menurut EMIR Research, Malaysia dianggarkan berdepan dengan kerugian sebanyak RM4.5 trilion dalam tempoh 26 tahun disebabkan rasuah dan ketirisan, bermula dari Krisis Kewangan Asia pada 1997 sehingga tahun ini.
Justeru, bagi mengekang penyelewengan dana awam melalui ketirisan dan rasuah, kerajaan akan mengemukakan Akta Tata Kelola pada sidang Parlimen tidak lama lagi sebagai garis panduan kepada prosedur perolehan dan pemberian kontrak.
Akta itu antara lain memastikan tiada ketirisan disebabkan faktor rasuah, keuntungan terlampau tinggi atau perkara yang menyebabkan rakyat terbeban disebabkan ketidakpatuhan tata kelola.
Akta ini juga akan menjadi lanjutan kepada tata kelola dan peraturan perbendaharaan sedia ada selain dilihat langkah signifikan untuk mengelak ketirisan serta penyalahgunaan kuasa sekali gus menjadi garis panduan kepada semua pihak pengurusan di jabatan dan kementerian.
Garis panduan yang dimaksudkan adalah dari aspek harga serta tempoh waktu dan kualiti perkhidmatan atau barangan yang dibekalkan.
Sekiranya terdapat beberapa elemen penyelewengan, ketirisan dan penyalahgunaan kuasa, pesalah itu akan terikat kepada hukuman jika sebarang pelanggaran undang-undang dilakukan.
Ini semua menggambarkan keseriusan Kerajaan Perpaduan dalam menyediakan kerangka agenda tata kelola yang cekap dan efisien sebagai faktor penting untuk menarik pelaburan serta meningkatkan persekitaran perniagaan, selain menjaga keselamatan rakyat termasuk sempadan negara.
Pelabur yakin Malaysia di landasan betul
Bagi suku pertama 2023, Malaysia menarik pelaburan diluluskan bernilai RM71.4 bilion dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama berdasarkan data dikeluarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Pelaburan itu membabitkan 1,265 projek yang dijangka menjana 23,977 peluang pekerjaan baharu.
Pada masa sama, potensi pelaburan RM170 bilion daripada pelabur China yang diumumkan Anwar hasil 19 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara syarikat Malaysia dengan China pada Mac lalu akan masuk ke negara ini secara berperingkat.
Begitu juga kerjasama ekonomi dengan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc serta Space X, Elon Musk yang mencetus satu lembaran baharu kepada landskap pembangunan ekonomi Malaysia.
Semua itu tidak akan dicapai jika pelabur dan syarikat gergasi tidak mempunyai keyakinan terhadap usaha kerajaan meningkatkan kepercayaan melalui komitmen reformasi institusi serta tata kelola. Ia juga isyarat rakyat dan pelabur mempunyai keyakinan ekonomi Malaysia ketika ini berada pada landasan betul dan mempunyai prospek baik pada masa hadapan.
Satu perkara lagi yang membelenggu rakyat sejak sekian lama ialah ketirisan barang kawalan di sempadan negara seperti minyak masak, tong gas petroleum cecair (LPG) serta minyak petrol dan diesel disebabkan sikap tidak amanah segelintir anggota penguat kuasa serta kelemahan sistem kawalan keselamatan.
Ini juga memerlukan perhatian serius melalui reformasi tata kelola kerana nilai ketirisan di sempadan dianggarkan mencecah ratusan juta ringgit setahun dan pastinya tidak boleh terus dibiarkan berlaku sedangkan barang kawalan berkenaan kadang kala sukar didapati di negara sendiri.
* Wan Syamsul Amly merupakan wartawan penyiaran kanan di Astro AWANI dan lulusan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi (CMIWS) UiTM.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Wan Syamsul Amly
Tue Sep 12 2023
Tadbir urus yang baik atau tata kelola yang cekap sering dikaitkan dengan cara atau sistem mentadbir, mengurus, mengawal selia dasar, fungsi atau perjalanan sesebuah kerajaan, perbadanan mahupun syarikat. - Gambar hiasan
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
Mahkamah tolak permohonan pemilik akaun media sosial mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi menolak permohonan pemilik akaun media sosial untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC.
KOM beri tiga atlet kebebasan pilih SUKMA atau kejohanan dunia
KOM memberi kebebasan kepada tiga atlet muda kebangsaan, untuk memilih sama ada mewakili negeri ke SUKMA atau menyahut cabaran negara pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 tahun (B-20) 2024.
Anggota polis didakwa terima rasuah beri tembakau kepada tahanan lokap
Seorang anggota polis berpangkat koperal berhadapan dua pertuduhan menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk barang terlarang kepada tahanan lokap.
SPRM sahkan tiada penyelewengan, rasuah dikesan dalam projek NTC setakat ini
SPRM mengesahkan tidak menemui sebarang penyelewengan serta rasuah setakat ini berhubung cadangan projek pembinaan National Training Center (NTC) di Putrajaya yang dianggar bernilai RM25 juta.
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
Kejayaan Bumiputera penting untuk kejayaan Malaysia Madani - Nga
Nga Kor Ming berkata kejayaan masyarakat Bumiputera penting untuk menjayakan aspirasi Malaysia Madani yang inklusif merangkumi semua kaum.
Kerajaan akui wanita mainkan peranan penting dalam memacu kemakmuran
Kerajaan komited meletakkan kepentingan pemerkasaan wanita dan kemajuan rakyat menerusi konsep Malaysia MADANI.
Program MADANI Rakyat: Pengurangan kadar saman trafik hanya bagi kesalahan terpilih
Pembayaran hanya boleh dibuat di tapak program, tertakluk pada terma dan syarat.
Bayaran insentif awal dorong penjawat awam bina Malaysia MADANI
Ia akan menjadi pendorong kepada penjawat awam untuk bekerja sebagai satu pasukan bagi membina Malaysia MADANI.
Tol percuma sempena Krismas pada 23, 26 Disember
Pengguna lebuh raya diberi kemudahan tol percuma selama dua hari pada 23 dan 26 Disember sempena cuti sambutan Krismas.
Ahli Kabinet BN diharap wujudkan kolaborasi efektif dengan ahli Kabinet lain - Zahid Hamidi
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap ahli-ahli Kabinet Barisan Nasional mewujudkan kolaborasi yang efektif dengan ahli Kabinet lain.
PM mahu penjawat awam teruskan prestasi cemerlang ke 2024
Anwar berkata, nilai-nilai baik yang mendasari Malaysia MADANI, mampu mengangkat martabat dan darjat negara.
Anwar rasmi penutup program Setahun Bersama Kerajaan Madani
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan majlis penutup Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.
COVID-19 dijangka terus meningkat, tetapi masih terkawal - Dr Zaliha
KKM menggalakkan rakyat untuk terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.