awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komediri Jocelyn Chia tidak sensitif, turut dikritik pelawak tempatan - Fahmi

Bernama
Bernama
08/06/2023
04:41 MYT
Komediri Jocelyn Chia tidak sensitif, turut dikritik pelawak tempatan - Fahmi
Fahmi (tengah) mengecam tindakan dan perbuatan tidak sensitif oleh pelawak Jocelyn Chia yang memperlekeh Malaysia serta mempersenda tragedi yang pernah melanda negara. -Facebook Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengecam tindakan dan perbuatan tidak sensitif oleh pelawak Jocelyn Chia yang memperlekeh Malaysia serta mempersenda tragedi yang pernah melanda negara.
Beliau berkata perbuatan individu terbabit turut menerima kritikan dan teguran daripada pelawak tempatan yang lain seperti Adflin Shauki dan Harith Iskander.
Wanita itu antaranya mengeluarkan kenyataan termasuk jenaka keterlaluan yang menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan 'tidak mendarat'.
"Itu bukan bahan yang baik kerana MH370 satu tragedi yang masih melukai (rakyat) kita dan seharusnya individu tersebut tidak menggunakan bahan seperti itu.
"Saya bersama Menteri Luar (Datuk Seri Zambry Abdul Kadir) mengecam tindakan dan perbuatan yang sangat tidak sensitif oleh individu tersebut," katanya mengulas isu berkenaan pada sidang media di Forum World Press Freedom Day (WPFD) 2023 di sini hari ini.
Zambry dalam satu kenyataan semalam meluahkan rasa kesal terhadap perbuatan individu terbabit yang langsung tidak menunjukkan sensitiviti dan empati terhadap rakyat Malaysia serta keluarga mangsa tragedi.
Terdahulu tular di media sosial satu klip video yang memaparkan seorang pelawak wanita dari Singapura memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore vs Malaysia' yang diadakan di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Jocelyn Chia
#Harith Iskander
#pelawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan