awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komen berbaur hasutan, polis buka kertas siasatan terhadap Steven Gan dan Charles Santiago

Firdaus Azil
Firdaus Azil
22/02/2021
07:50 MYT
Komen berbaur hasutan, polis buka kertas siasatan terhadap Steven Gan dan Charles Santiago
Ia dipercayai berhubung reaksi mereka terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mendapati Mkini Dot Com Sdn Bhd bersalah Jumaat lepas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis telah membuka kertas siasatan terhadap Ketua Pengarang Malaysiakini Steven Gan dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago selepas menerima laporan kedua-dua individu berkenaan membuat komen susulan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.
Portal berkenaan melaporkan, perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah yang berkata dua laporan polis dibuat secara berasingan oleh seorang individu yang sama.
Kertas siasatan itu dibuat, dipercayai berhubung reaksi mereka terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mendapati Mkini Dot Com Sdn Bhd bersalah kerana menyiarkan komen pembaca yang disifat berbaur hasutan, dan menghina Institusi Kehakiman.
"Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4 (1) untuk hasutan dan Seksyen 233 di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi. Pengadu membuat dua laporan berasingan, satu terhadap Steven, satu terhadap YB Charles.
"Kami belum menghubungi mereka, tetapi kami akan segera menghubungi mereka untuk memudahkan siasatan," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini hari ini.
BACA: Malaysiakini bersalah siar komen pembaca
Pada Jumaat lepas prosiding Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf mendapati Malaysiakini bersalah dengan keputusan 6-1, dan menjatuhkan hukuman denda RM500,000.
Bagaimanapun Mahkamah Persekutuan mendapati Gan, yang juga penama kedua, tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.
Topic Berkaitan
#Malaysiakini
#Steven Gan
#Charles Santiago
#komen
#akta hasutan
#Mahkamah Persekutuan
#Mahkamah Rayuan
#Parlimen
#mahkamah
#siasatan
#polis
#Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan