awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komitmen kerajaan beri tumpuan suara anak muda, penanda aras kerajaan baharu

Fareez Azman
Fareez Azman
22/08/2021
11:05 MYT
Komitmen kerajaan beri tumpuan suara anak muda, penanda aras kerajaan baharu
Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah berkata komitmen kerajaan itu merupakan satu langkah terkehadapan dalam mendekati golongan belia demi masa depan negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Komitmen kerajaan untuk mendengar dan memberi tumpuan kepada suara anak muda sepertimana dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan sebagai satu penanda aras baharu kerajaan.
Jelas Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah, seruan itu disambut baik dan merupakan satu langkah terkehadapan dalam mendekati golongan belia demi masa depan negara.
"Namun apa yang menarik perhatian saya ialah apabila YAB Perdana Menteri menyatakan komitmen kerajaan untuk mendengar dan memberi tumpuan kepada suara anak muda dalam menjayakan agenda besar pemulihan negara.
"Sememangnya inilah yang menjadi harapan anak muda terhadap kerajaan, supaya suara mereka didengari dan diambil kira dalam kerajaan membuat keputusan untuk negara," jelasnya dalam kenyataan ringkas kepada media pada Ahad.
Tambah Mohd Shahar, selepas meneliti ucapan Perdana Menteri pada petang Ahad, beliau yakin petanda positif akan terus dapat dilihat dalam negara mendepani pandemik COVID-19.
"Saya meneliti ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi berkenaan agenda pemulihan negara yang akan diteruskan selepas ini.
"Saya yakin dan percaya, dengan kadar vaksinasi negara kini yang berada pada tahap baik, petanda positif akan terus dapat dilihat dari semasa ke semasa sama ada dari segi kesihatan rakyat mahupun ekonomi negara," katanya lagi.
Tambahnya lagi, 'Keluarga Malaysia' yang diperkenalkan Ismail dalam ucapan pertamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan dapat dicapai.
Namun ia memerlukan usaha semua pihak dalam membangunkan semula negara.
Terdahulu, Ismail dalam ucapan pertamanya sebagai Perdana Menteri pada petang Ahad memaklumkan bahawa suara anak muda akan didengari dan diberikan tumpuan dalam Agenda Pemulihan Negara.
"Seiring usaha mencapai objektif dan fokus tersebut, penglibatan anak muda amat diperlukan.
"Untuk itu, saya pastikan suara anak muda didengari dan diberikan tumpuan dalam kerajaan ini. Kepada anak muda di luar sana, jangan risau, penglibatan anda semua amat dihargai dan saya mengharapkan anda bersama dengan kerajaan ini untuk menjayakan agenda besar pemulihan negara," kata Ismail.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#ismail sabri yaakob
#Malaysia
#pandemik
#Parlimen
#Perdana Menteri
#COVID-19
#Belia
#rakyat
#ahli Parlimen
#Mohd Shahar Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan