awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komitmen, ketegasan PM kini jelas sejak diberi mandat - Penyelidik

Faida Rahim
Faida Rahim
14/05/2023
22:30 MYT
Komitmen, ketegasan PM kini jelas sejak diberi mandat - Penyelidik
Fakhrurrazi Rashid berpendapat, masyarakat hari ini sudah dapat menerima Kerajaan Perpaduan yang berusaha memastikan kestabilan politik dan ekonomi di tahap selesa. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Komitmen dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menguruskan masalah rakyat itu dapat dilihat jelas sejak diberi mandat selepas Pilihan Raya Umum-15 (PRU15) lalu.
Pegawai penyelidik kanan Merdeka Center, Fakhrurrazi Rashid berpendapat, masyarakat hari ini sudah dapat menerima Kerajaan Perpaduan yang berusaha memastikan kestabilan politik dan ekonomi di tahap selesa.
“Ini kerana rakyat tidak mahu lagi mendengar perkara tentang tekanan atau percaturan politik yang sebenarnya tidak menguntungkan negara atau rakyat itu sendiri.
“Kalau ada sekalipun yang ingin mencabar kedudukan Kerajaan dan sebagainya boleh dikemukakan dalam Parlimen. Ini telah dibuat oleh Kerajaan Perpaduan seawal pembentukannya dengan masuk ke Parlimen dan buat undi percaya dan ini merupakan satu proses baru dalam politik Malaysia,” katanya dalam program Pantau Agenda Reformasi terbitan Astro AWANI pada Ahad.
Sementara itu, Fakhrurrazi berpendapat, Kerajaan Perpaduan perlu dikekalkan sehingga tamat tempoh penggal lima tahun bagi memastikan pemain industri pelaburan yakin dengan suasana politik negara seterusnya bakal membawa manfaat kepada ekonomi.
Tambahnya, tempoh ini juga disifatkan genting bagi Perdana Menteri serta jemaahnya untuk mempersembahkan keterangkuman visi yang dijanjikan kepada rakyat sebelum PRU lalu.
“Masalah kita pada hari ini adalah kita masih terpengaruh dengan politik lama, kalau kerajaan negeri berubah Kerajaan Persekutuan kena berubah. Saya harus perkara ini tidak seharusnya berlaku.
"Kita harus lihat negara jiran seperti Indonesia, Filipina di mana pilihan raya berlaku setiap bulan di mana kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri, mereka ada perbezaan pandangan tetapi tidak sampai untuk jatuhkan kerajaan atau menyebabkan kerajaan itu terbubar.
"Untuk keputusan pilihan raya akan datang, kita perlu bersepakat bahawa Kerajaan Perpaduan perlu ada hingga tamat penggal itu sendiri. Kerana kestabilan yang kita mahukan. Bukan saja masyarakat tetapi industri juga. Industri juga tertanya, bagaimana kita nak melabur sekiranya politik di Malaysia tidak begitu stabil,” katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kerajaan Perpaduan
#Merdeka Center
#PRU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan