awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kompaun RM10,000 terpakai untuk semua kategori PKP

Bernama
Bernama
13/03/2021
14:20 MYT
Kompaun RM10,000 terpakai untuk semua kategori PKP
Ismail Sabri berkata mereka yang berada di kawasan PKP, PKPB dan PKPP boleh dikenakan kompaun RM10,000 sekiranya melanggar SOP kawasan berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kompaun RM10,000 mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit)(Pindaan) 2021 terpakai untuk semua kategori Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, ini bermakna mereka yang berada di kawasan PKP, PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) boleh dikenakan kompaun RM10,000 sekiranya melanggar prosedur operasi standard (SOP) kawasan berkenaan.
“Tapi (orang awam) harus faham, tindakan polis mengeluarkan kompaun itu berdasarkan Ordinan Darurat yang dilaksanakan dan ia adalah untuk keselamatan orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah bagi pembangunan projek Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Satria Residensi, Sungai Besi pada Sabtu.
Ismail Sabri sekali lagi menegaskan polis tidak mempunyai kuasa untuk mengurangkan jumlah kompaun yang dikenakan, sebaliknya mereka yang menerima notis kompaun tersebut boleh membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah.
Mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit)(Pindaan) 2021, notis kompaun yang dikenakan bagi pelanggaran SOP PKP ialah RM10,000 berkuat kuasa 11 Mac, manakala syarikat yang melakukan kesalahan sama boleh dikompaun RM50,000. - Bernama
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Ordinan Darurat
#denda maksimum
#RM10000
#PKP
#PKPP
#PKPB
#polis
#Pejabat Kesihatan Daerah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan