JOHOR BAHRU: Kesesakan orang ramai menunggu di luar Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Setia Tropika di sini baru-baru ini adalah kerana ramai berhasrat memperbaharu pasport antarabangsa susulan pembukaan sempadan negara sejak 1 April lepas, kata Pengarah Jabatan Imigresen Johor Baharuddin Tahir.
Beliau berkata selain itu, ada ramai juga yang bersesak di kompleks itu untuk urusan lain, seperti urusan yang berkaitan dengan pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, yang turut ditempatkan di kawsan berkenaan.
Katanya secara purata 700 naskhah pasport dikeluarkan sehari di seluruh Johor bagi bulan Mac, bagaimanapun jumlah itu meningkat kepada 1,000 naskhah sehari pada bulan April.
"Pada Mei pula, ia terus meningkat dan kami pernah menguruskan sehingga 1,800 naskhah sehari. Kami jangka jumlah ini akan kekal berterusan berikutan sambutan yang menggalakkan," katanya kepada pemberita di Kompleks KDN Setia Tropika, di sini hari ini.
BACA: Empat jam untuk dapatkan nombor giliran di Kompleks KDN Setia Tropika
Baharuddin berkata selain Kompleks KDN Setia Tropika, sembilan lagi pejabat pengeluaran pasport di negeri itu menjadi tumpuan ramai, termasuk pejabat di daerah Mersing yang hanya mempunyai dua hingga tiga kaunter.
"Dengan lanjutan operasi sehingga 10.30 malam, kita mampu mengeluarkan kira-kira 700 naskhah sehari, berbanding 500 naskhah (sekiranya pejabat sehingga 5.30 petang)," katanya.
Beliau berkata jabatan itu akan menambah baik aspek keselesaan menunggu bagi mereka yang mahu berurusan dengan jabatan itu supaya memudahkan mereka untuk merancang tempoh berurusan.
Merujuk kepada pertemuan dengan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi pagi tadi, Baharuddin berkata beliau memberi penjelasan mengenai semua inisiatif penambahbaikan pemprosesan pasport yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen Johor.
Katanya Menteri Besar Johor amat prihatin dan bersetuju untuk menghulur pelbagai bantuan yang perlu.
Baharuddin berkata Jabatan Imigresen Johor juga akan menugaskan anggota dan pegawai seawal 4.30 pagi bagi mengagihkan nombor giliran memandangkan maklum balas yang diterima mendapati mereka terpaksa menunggu seawal itu untuk mendapat nombor giliran paling awal.
Sementara itu Onn Hafiz menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau berkata antara langkah penyelesaian kepada isu berkenaan adalah dengan usaha membaiki dan memudahkan proses mengambil nombor giliran serta menyediakan tempat menunggu yang lebih selesa untuk orang ramai.
Beliau berkata Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Raya dan UTC Pasir Gudang juga akan beroperasi setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 10 malam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 23 2022
Secara purata 700 naskhah pasport dikeluarkan sehari di seluruh Johor bagi bulan Mac, bagaimanapun jumlah itu meningkat kepada 1,000 naskhah sehari pada bulan April. - Gambar/ Bernama
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Kompleks KDN Setia Tropika sesak kerana ramai mahu perbaharu pasport
Kesesakan orang ramai menunggu di luar Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Setia Tropika adalah kerana ramai berhasrat memperbaharu pasport.
Empat jam untuk dapatkan nombor giliran di Kompleks KDN Setia Tropika
Terpaksa beratur panjang sejak awal pagi dan perlu menunggu hampir empat jam bagi mendapatkan nombor giliran adalah cabaran perlu dihadapi orang ramai untuk berurusan di Kompleks KDN Setia Tropika.
2 lokap tahanan PATI di Johor Bahru dikenakan PKPD bermula esok
Ia melibatkan Kompleks Kementerian Dalam Negeri Setia Tropika dan Lokap Tahanan PATI Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Bangunan Sultan Iskandar.