awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kemampuan PDRM tangani ancaman keganasan diiktiraf di peringkat antarabangsa - Saifuddin
DUNIA
Ilie Bolojan dilantik Perdana Menteri Romania selepas persetujuan kerajaan gabungan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kompleks Pekan Rabu baharu mula operasi

Bernama
Bernama
23/04/2018
23:40 MYT
Kompleks Pekan Rabu baharu mula operasi
Kompleks Pekan Rabu yang baharu sudah mula beroperasi secara berperingkat dengan seramai 243 orang daripada keseluruhan 347 peniaga telah berniaga di situ sejak 25 Feb lepas. -Bernama
Kompleks Pekan Rabu yang baharu sudah mula beroperasi secara berperingkat dengan seramai 243 orang daripada keseluruhan 347 peniaga telah berniaga di situ sejak 25 Feb lepas.
Kompleks baharu empat tingkat itu, yang dibina di tapak asalnya, siap sepenuhnya pada Januari lepas dengan kos sebanyak RM55.57 juta.
Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi serta Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di kompleks berkenaan.
Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Kedah Fadzir Kamaruddin.
"Hari ini, kita boleh lihat orang kata betapa indahnya (Pekan Rabu baharu), dan saya rasa ini akan menjadi mercu tanda untuk negeri Kedah dan menukar landskap Alor Setar," katanya.
Ku Abdul Rahman berkata perniagaan di kompleks itu akan beroperasi sepenuhnya sebelum Ramadan ini selepas peniaga selebihnya berpindah masuk ke kompleks itu.
Dalam pada itu, Ku Abdul Rahman meminta SKM berbincang dengan Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad bagi mencari Prosedur Operasi Standard (SOP) penyenggaraan yang berkesan dalam usaha memastikan persekitaran kompleks itu terus dijaga dan memberi imej positif kepada pengunjung.
"...mula-mula ini, kita kena ada perancangan yang rapi tentang sistem penyenggaraan (Kompleks) Pekan Rabu, mesti ada SOP yang bertulis, berdokumen," katanya yang turut menekankan pentingnya penjagaan tandas di kompleks itu dan memastikannya sentiasa bersih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Kompleks Pekan Rabu
#koperasi
#Ku Abdul Rahman Ku Ismail
#Masyarakat
#Penduduk
#peniaga
#penjaja
#rakyat
#sara diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami