awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komuniti OKU minta kerajaan pertimbang luluskan perkhidmatan refleksologi

Aza Jemima Ahmad
Aza Jemima Ahmad
11/06/2020
06:24 MYT
Komuniti OKU minta kerajaan pertimbang luluskan perkhidmatan refleksologi
Menurut Ras Adiba, terdapat juga beberapa perkhidmatan yang tidak dapat melanjutkan operasi perniagaan sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang fasa pemulihan bagi membendung pandemik COVID-19. - Foto fail
Susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bermula 10 Jun, banyak kelonggaran mula diperkenalkan dan beberapa sektor perkhidmatan sudah dibenarkan untuk kembali beroperasi.
BACA: Salun 80 tahun di Pulau Pinang sedia beroperasi semula hari ini
“Saya sebenarnya terkilan apabila mendapati bahawa perkhidmatan tersebut tidak disenaraikan bersekali dengan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang boleh memulakan perniagaan semula dengan prosedur-prosedur tertentu.
“Ramai dari komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) yang membangkitkan rasa tidak puas hati mereka terhadap perkara ini seolah-olah pengecualian operasi dalam tempoh PKPP terhadap pusat urut dan refleksologi yang perkhidmatannya banyak dikendalikan oleh warga OKU penglihatan merupakan perkara enteng yang tidak mengundang sensitiviti komuniti OKU yang lain,” menurut Senator Ras Adiba Radzi yang juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Persatuan OKU Sentral dalam satu kenyataan.
“Saya sebenarnya terkilan apabila mendapati bahawa perkhidmatan tersebut tidak disenaraikan bersekali dengan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang boleh memulakan perniagaan semula dengan prosedur-prosedur tertentu,” tambahnya lagi.
Beliau juga turut mempersoalkan perbezaan perkhidmatan lain yang juga melibatkan sentuhan dengan perkhidmatan urut dan refleksologi jika faktor kesihatan menjadi punca perkhidmatan ini tidak dibenarkan untuk diteruskan sepanjang tempoh ini.
Selain itu, beliau turut menyatakan rasa bimbang terhadap sumber pendapatan pekerja-pekerja golongan OKU yang terjejas sekiranya perkhidmatan mereka terpaksa digantung lagi.
“Mereka juga ada tanggungan yang perlu disara. Dalam persekitaran ekonomi yang kian mencabar ini, pertimbangan tersebut diharapkan dapat menjernihkan kembali peluang rezeki buat mereka.
“Saya dengan rendah diri meminta agar Kerajaan dapat mempertimbangkan semula untuk membenarkan perkhidmatan urut refleksologi yang banyak menggajikan individu-individu kurang upaya penglihatan,” tambahnya lagi.
BACA: Berita gembira, ibu tunggal, OKU terima bantuan 'one-off' RM300
Topic Berkaitan
#ekonomi
#kesihatan
#koronavirus
#Muhyiddin Yassin
#OKU
#OKU Sentral
#operasi
#pandemik
#Perdana Menteri
#perintah kawalan pergerakan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan