awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan Melaka 2025 tarik lebih 15,696 peserta - Exco
Trump umum rancangan pembinaan dua kapal perang baharu
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komuniti perniagaan Indonesia terima baik komitmen Malaysia basmi rasuah, salah guna kuasa - PM

Shafizan Johari
Shafizan Johari
09/01/2023
13:29 MYT
Komuniti perniagaan Indonesia terima baik komitmen Malaysia basmi rasuah, salah guna kuasa - PM
Anwar berkata, dalam pertemuan dengan komuniti perniagaan, kerajaan menyatakan komitmen untuk mempermudahkan urusan perniagaan dan mempercepatkan kelulusan di semua peringkat. - Gambar/ Pejabat Perdana Menteri
JAKARTA: Komuniti perniagaan Indonesia menerima baik langkah Malaysia yang bersedia untuk membasmi masalah rasuah dan salah guna kuasa.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata dalam pertemuan dengan komuniti perniagaan, kerajaan menyatakan komitmen untuk mempermudahkan urusan perniagaan dan mempercepatkan kelulusan di semua peringkat.
“Komuniti perniagaan menyatakan hasrat dengan sangat jelas bahawa kemudahan menjalankan perniagaan, kadar kelulusan yang pantas di bahagian berbeza khususnya MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri)... dan kita memberi jaminan bahawa keadaan akan berubah,” jelas Perdana Menteri, sambil menambah: “Itulah sebabnya isu ketelusan dan menghapuskan komisyen dibangkitkan".
Beliau berkata demikian kepada pemberita Malaysia pada akhir lawatan dua hari ke Indonesia, pada Isnin.
Dalam pada itu, Anwar juga percaya komuniti perniagaan di Indonesia sudah yakin dengan komitmen yang dinyatakan Malaysia melibatkan hal memudahkan urusan perniagaan.
“Itulah yang saya katakan bahawa perubahan dalam landskap politik mesti diterjemahkan ke dalam cara menjalankan perniagaan,” jelas Anwar.
Indonesia adalah rakan dagang yang penting buat Malaysia.
Data pada 2022 menunjukkan nilai dagangan dua hala mencegah lebih RM120 bilion, sekali gus menjadikan Indonesia sebagai rakan dagang keenam terbesar dunia buat Malaysia dan kedua terbesar dalam Asia Tenggara.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Indonesia
#komuniti perniagaan
#isu rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan