KUALA LUMPUR: Kos menunaikan ibadah haji bagi musim 1447H/2026M kekal pada kadar RM33,300, walaupun konflik di Asia Barat masih tidak menentu.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, keputusan mengekalkan kadar berkenaan dibuat bagi memastikan bakal jemaah tidak terbeban dengan peningkatan kos semasa.
Advertisement
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan kos haji akan disemak semula pada masa hadapan, mengambil kira faktor ketidaktentuan geopolitik serta konflik yang berterusan.
“Untuk tahun ini, kos haji dikekalkan pada RM33,300 dan TH akan menyerap sebarang kenaikan kos yang berlaku,” katanya dalam sidang media pengumuman agihan keuntungan TH bagi tahun kewangan 2025, di sini, hari ini.
Tambah beliau, TH akan terus memantau perkembangan semasa dan berusaha memastikan kebajikan jemaah kekal menjadi keutamaan tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan yang disediakan.
BERITA LANJUT MENYUSUL...