KUALA LUMPUR:Malaysia akan terus menyokong usaha jujur, konkrit, dan realistik untuk mencari jalan penyelesaian yang adil dan berkekalan berhubung isu konflik Israel-Palestin, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Luar Datuk Kamaruddin Jaafar (Bersatu-Bandar Tun Razak) berkata Malaysia akan sentiasa meneliti perkembangan di Asia Barat berhubung usaha normalisasi negara Israel dalam mengiktiraf penjajahan ke atas Palestin.
Ujarnya lagi, Malaysia akan menggunakan peranan sedia ada dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk merealisasikan hasrat melihat jalan penyelesaian yang berkekalan.
“Malaysia amat memahami ketidakpuasan hati pihak Palestin.
"Palestin berhak untuk menzahirkan kekecewaannya setelah sekian lama ditindas oleh rejim Israel.
"Malaysia akan terus menyokong usaha jujur, konkrit dan realistik untuk mencari jalan penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap konflik Israel-Palestin ini, berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB yang berkaitan melalui rundingan yang melibatkan pihak-pihak yang berkenaan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas-Sik) yang ingin mengetahui langkah-langkah proaktif bersama negara bersama badan antarabangsa seperti OIC bagi menyatakan bantahan berkaitan rancangan ketidakadilan normalisasi negara Israel untuk mengiktiraf penjajahan mereka ke atas Palestin.
Dalam soalan tambahannya, Ahmad Tarmizi turut ingin mengetahui sekiranya Malaysia mempunyai perancangan untuk mengadakan forum antarabangsa bagi menggantikan peranan OIC yang beliau dakwa lesu dalam mempertahankan kedaulatan Palestin.
Menjawab persoalan itu, Kamaruddin berkata Malaysia secara umum menganggap PBB dan OIC masih mempunyai peranan yang boleh dimainkan dalam usaha mencari jalan penyelesaian.
“Sekarang pun Malaysia merupakan ahli jawatan kuasa dalam OIC mengenai isu Palestin; Malaysia juga anggota kumpulan perhubungan dalam PBB untuk pertahankan Al Quds Al-Sharif.
“Kita ada yang boleh dimainkan, khususnya dalam OIC.
"Saya yakin jika kita teruskan dan tingkatkan lagi peranan, kita akan capai kejayaan tanpa kita didesak untuk wujudkan platform lain,” katanya lagi.
Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai perubahan struktur kepimpinan Amerika Syarikat akan membawa dimensi baharu dalam usaha penyelesaian konflik Israel-Palestin, Kamaruddin berkata Malaysia akan terus memantau perkembangan tersebut.
“Sudah tentu kita punyai dan letakkan harapan supaya perubahan pentadbiran AS, dan kita baca kenyataan-kenyataan sebelum ini, sedikit memberi harapan positif untuk baik dalam suasana sekarang,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Nov 09 2020

Malaysia menganggap PBB dan OIC masih mempunyai peranan yang boleh dimainkan dalam usaha mencari jalan penyelesaian konflik Israel-Palestin. -Gambar hiasan

Kuasa beli menurun, corak perbelanjaan kini berubah - Kajian
76.9 peratus responden mengalami peningkatan dalam perbelanjaan bulanan sehingga ada di antara mereka mengalami peningkatan lebih daripada 100 peratus

In Realty: Hartanah | Miliki pejabat di segitiga emas? kiniboleh

COVID-19 | New Delhi kembali wajibkan penggunaan pelitup muka
New Delhi kembali melaksanakan penggunaan wajib pelitup muka selepas ibu negara india itu terus mencatatkan peningkatan kes COVID-19. Sekiranya tidak diendahkan, tindakan saman menanti mana-mana individu yang tidak memakai pelitup muka di kawasan terbuka di ibu kota itu.

Cuaca Global | Portugal alami kemarau melampau
Portugal menghadapi musim panas yang teruk dengan gelombang panas yang mengakibatkan kebakaran hutan.

Israel-Palestin | Jumlah korban di Gaza meningkat kepada 48
Kanak-kanak 11 tahun antara mangsa yang terkorban di Gaza susulan konflik yang disifatkan sebagai keganasan rentas sempadan terburuk dalam tempoh setahun lepas. Jumlah korban rakyat Palestin akibat pertempuran hujung minggu lalu antara tentera Israel dan Gaza meningkat kepada 48 mangsa pada Khamis.

Organisasi Keganasan | Tawar wanita untuk dikahwini untuk tarik orang muda
Menawarkan wanita tempatan yang sealiran dengan aktiviti radikal untuk dikahwini adalah antara pendekatan yang digunakan oleh organisasi atau gerakan yang terkait dengan keganasan bagi menarik minat golongan muda dari negara ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Fahmi Samsudin, menerusi beberapa pengalaman mendekati golongan muda warga Malaysia di beberapa zon konflik seperti di Syria, telah mendedahkan pendekatan tersebut yang mendorong golongan ini untuk menyertai peperangan yang berlaku.

Projek LCS: Pemimpin bersih UMNO bakal 'dihukum' dalam PRU15
Ini kerana, seluruh kepimpinan UMNO akan menerima tempias meskipun skandal LCS melibatkan segelintir pemimpin UMNO dan kroni.

China-Taiwan | China keluarkan kertas putih mengenai Taiwan
Pejabat Hal Ehwal Taiwan dan Pejabat Penerangan Dewan Negara China pada Selasa mengeluarkan kertas putih bertajuk “soal Taiwan dan penyatuan semula China pada era baharu”. Antara lain, kertas putih itu sekali lagi menekankan bahawa taiwan merupakan sebahagian daripada Wilayah China, memperlihatkan keazaman serta komitmen kukuh parti komunis China, PKC dan rakyat China untuk mewujudkan penyatuan semula negara.

Kritik Tentera Rusia | Wartawan Rusia dihukum dua bulan tahanan rumah
Mahkamah di Rusia pada Khamis memerintahkan seorang wartawan penyiaran yang mengadakan protes ketika siaran televisyen terhadap operasi ketenteraan khas Moscow di Ukraine untuk menjalani tahanan rumah selama hampir dua bulan, sementara menunggu siasatan terhadap kelakuannya. Marina Ovsyannikova didakwa selepas dia mengangkat sepanduk dalam satu protes jalanan mengkritik Presiden Rusia Vladimir Putin dan tindakan Moscow di Ukraine.

Tenaga Kerja | Tangani masalah pekerjaan tidak sepadan - Saravanan
Institusi pengajian tinggi harus menawarkan kursus selaras dengan perkembangan revolusi industri 4.0 dan 5.0. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata, penekanan harus diberikan kepada kursus yang boleh disesuaikan ke arah peningkatan kemahiran yang berterusan dan kemahiran semula tenaga kerja.

20 tahun bawah Amerika Syarikat pun, ada diskriminasi terhadap wanita Afghanistan - Kamarudin
Kamarudin berkata, diskriminasi terhadap wanita Afghanistan berlaku sekian lama, dan bukan hanya ketika Taliban mengambil alih pemerintahan

2,642 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, separuh daripadanya kes dadah
Perwakilan Malaysia berperanan hulur nasihat guaman, penjagaan kebajikan, serta pengurusan pulang sekiranya selesai jalani hukuman.

Konflik Israel-Palestin: Malaysia ada peranan dalam OIC untuk cari jalan penyelesaian
Malaysia menganggap PBB dan OIC masih mempunyai peranan yang boleh dimainkan dalam usaha mencari jalan penyelesaian konflik Israel-Palestin.

Balik kampung: Jaga adab dan akhlak di jalan raya
Punca utama kemalangan di jalan raya adalah daripada perangai, akhlak dan sikap pemandu itu sendiri.

Lesen PSV pemandu e-hailing: Sambutan masih kurang
Kerajaan mengalakkan pemandu e-hailing mendapatkan lesen PSV sebelum tarikh penguatkuasaannya 12 Julai ini.

RM500 juta untuk pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
Kerja-kerja naik taraf LTSIP akan bermula pada 2020 bagi menampung peningkatan penumpang yang dijangka mencecah empat juta orang.

Peruntukan SPAD RM4.5 juta dipindahkan ke Kementerian Pengangkutan
Peruntukan itu telah dipecahkan kepada dua bahagian di dalam kementerian dengan tujuan tertentu.

#MalaysiaMemilih: Kenapa kacau padang bola Bandar Tun Razak? - Penduduk
Isu itu juga dilihat sensitif kerana di padang itu lah tempat mereka berkumpul, dan melakukan aktiviti bersama-sama sejak 35 tahun lepas

Pakatan Rakyat perlu kekal demi rakyat Malaysia - Kamaruddin Jaafar
Kamaruddin berkata dalam keadaan ekonomi Malaysia yang tidak menentu, rakyat memerlukan sebuah gabungan parti alternatif kepada BN.

Saya tidak berminat bertanding di Pengkalan Kubor - Kamaruddin Jaafar
Kamaruddin berkata pimpinan PAS di Dun tersebut perlu diberi peluang bertanding mewakili Pakatan Rakyat.