awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
[KOLUMNIS] Bersama pastikan hidupan liar tidak terus mati dilanggar
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Palestin-Israel: Malaysia sokong Penyelesaian Dua Negara ikut sempadan sebelum 1967 - PM

Astro Awani
Astro Awani
15/05/2021
08:51 MYT
Konflik Palestin-Israel: Malaysia sokong Penyelesaian Dua Negara ikut sempadan sebelum 1967 - PM
Kata Muhyiddin, Malaysia akan terus menyokong segala usaha demi mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan. - Foto Ihsan RTM
KUALA LUMPUR: Malaysia menyokong penyelesaian yang adil dan saksama melalui Penyelesaian Dua Negara atau Two-State Solution.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berkata, ia berdasarkan garis sempadan sebelum tahun 1967, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin sebagai satu-satunya jalan penyelesaian terhadap konflik Palestin-Israel.
"Malaysia akan terus menyokong segala usaha demi mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan, khususnya menerusi rundingan melibatkan pihak-pihak yang berkaitan, berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa serta resolusi-resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan," katanya perutusan khas mengenai situasi di Palestin hari ini.
BACA: Palestin terus dizalimi, Majlis Keselamatan PBB masih membisu - PM
BACA: Solidariti Palestin: Malaysia, Indonesia, Brunei bersatu kutuk kezaliman Israel - PM
Mengulas berkenaan bantuan, Malaysia akan terus memberi sumbangan secara dua hala kepada Palestin selain sumbangan kepada badan-badan antarabangsa.
"Melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) seliaan Kementerian Luar Negeri, Malaysia telah menumbang sebanyak AS$10,000 kepada Masjid Al-Aqsa pada tahun 2020.
"Sumbangan tersebut telah disalurkan kepada Kementerian Awqaf, Jordan," kata beliau lagi.
Selain itu, ujar Muhyiddin, kerajaan Malaysia turut menghulurkan bantuan kepada Palestin dalam bentuk barangan perubatan, iaitu satu juta pelitup muka, 500,000 pelindung muka dan 500,000 sarung tangan getah.
Jelasnya, sumbangan tersebut telah dihantar menerusi pesawat sewaan khas ke Amman, Jordan pada 10 Mei 2020.
Topic Berkaitan
#PBB
#Perdana Menteri
#pesawat
#kerajaan
#undang-undang
#Masjid Al-Aqsa
#Palestin
#pelitup muka
#perubatan
#Kementerian Luar
#Amanah
#Israel
#two-state solution
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan