awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solidariti Palestin: Malaysia, Indonesia, Brunei bersatu kutuk kezaliman Israel - PM

Astro Awani
Astro Awani
15/05/2021
08:37 MYT
Solidariti Palestin: Malaysia, Indonesia, Brunei bersatu kutuk kezaliman Israel - PM
Malaysia mesti bersepakat menjelaskan kepada seluruh dunia akan pendirian terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan itu. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Malaysia akan bekerjasama dengan Indonesia dan Brunei untuk mengeluarkan kenyataan bersama bagi mengutuk sekeras-kerasnya serangan zalim rejim Israel ke atas Palestin.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia mesti bersepakat menjelaskan kepada seluruh dunia akan pendirian terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan itu.
"Pada hari ini, saya telah mengadakan perbincangan melalui telefon dengan Joko Widodo, Presiden Republik Indonesia berhubung situasi terkini di Palestin.
"Dalam perbincangan tersebut, Presiden Joko Widodo dan saya bersetuju bahawa tindakan ganas rejim Israel harus dihentikan serta merta," katanya dalam perutusan khas mengenai situasi di Palestin hari ini.
BACA: Palestin terus dizalimi, Majlis Keselamatan PBB masih membisu - PM
Malaysia dan Indonesia setuju tindakan ganas rejim Israel harus dihentikan
Malah, beliau berkata kedua-dua pemimpin turut berkongsi pandangan yang sama supaya komuniti antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk bertindak segera bagi menghentikan keganasan rejim Israel dan menyelamatkan nyawa rakyat Palestin.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Joko Widodo
#PBB
#Indonesia
#Israel
#Brunei
#Perdana Menteri
#keganasan
#serangan
#keselamatan
#Palestin
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan