awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Palestin-Israel: Pemuda MCA harap resolusi gencatan senjata dicapai

Bernama
Bernama
30/10/2023
15:15 MYT
Konflik Palestin-Israel: Pemuda MCA harap resolusi gencatan senjata dicapai
Ling yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Yong Peng menyerahkan memorandum berkenaan kepada Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali di Pejabat Kedutaan Palestin di Kuala Lumpur. - Gambar FB MCA
JOHOR BAHRU: Pemuda MCA berharap resolusi gencatan senjata perang Israel-Palestin di Gaza dapat dicapai serta-merta demi keharmonian bersama.
Ketua Pemuda MCA Ling Tian Soon berkata semua pihak perlu mendahulukan keselamatan orang awam, menyelesaikan konflik menerusi dialog, menggerakkan misi bantuan kemanusian dan mematuhi undang-undang antarabangsa.
"Pemuda MCA telah menyerahkan memorandum untuk menyeru kedua-dua pihak khususnya tentera zionis Israel menghentikan serangan bagi menjamin keharmonian, kebajikan dan keselamatan orang awam.
"Pemuda MCA mengkritik sebarang tindakan penindasan dan kezaliman ke atas orang awam tanpa mengira bangsa, agama dan kewarganegaraan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini.
Terdahulu, Ling yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Yong Peng menyerahkan memorandum berkenaan kepada Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali di Pejabat Kedutaan Palestin di Kuala Lumpur.
Pertempuran di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt lepas telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCA
#orang awam
#Facebook
#menjamin keharmonian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan