MALAYSIA
Konflik Thai-Kemboja: Ada masalah telefon terus, bukti Malaysia negara pendamai - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Perasmian Kilang Pembuatan Kenderaan Perisai Nasional di Mildef Technologies Sdn Bhd (Mildef), Sendayan hari ini. - Foto Bernama
SEREMBAN: Kepimpinan negara yang cekap meletakkan Malaysia pada kedudukan yang dihormati sehingga berupaya menjadi pendamai dalam konflik serantau.
Ringkasan AI
- Malaysia dihormati sebagai pendamai serantau berkat kepimpinan cekap dan ketokohan PAT, Menteri Pertahanan, serta Menteri Luar.
- Mildef International Technologies bekerjasama dengan STRIDE dan ATM dalam pembangunan kenderaan perisai seperti Tarantula HMAV.
- Kerjasama ketenteraan Malaysia-Indonesia bakal diperluas, membolehkan kedua-dua negara saling memanfaatkan pengeluaran aset pertahanan.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Kilang Pembuatan Kenderaan Perisai Mildef International Technologies Sdn Bhd, di sini, pada Sabtu.
Syarikat yang ditubuhkan pada 2005 itu menjalin kerjasama dengan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Hubungan strategik itu menumpukan bidang pembangunan dan ujian kenderaan termasuk menghasilkan Tarantula HMAV, sebuah platform pacuan empat roda V-hull dengan perlindungan STAGNAG 4569 tahap dua.
Perdana Menteri berkata, dalam perbincangannya dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, beliau dimaklumkan mengenai kesediaan rakan sejawatnya itu untuk mengadakan kerjasama dalam perkara ini.
Jelasnya, ia akan membolehkan Indonesia memanfaatkan pengeluaran aset ketenteraan dari Mildef.
"Di samping itu, kita juga kaji apa-apa yang boleh kita manfaatkan daripada pengeluaran Indonesia," ujarnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami