Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi parti pertama mengadakan mesyuarat agung tahunan sebaik saja selesai pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Ketika parti-parti lain masih lagi sibuk membuat post mortem tentang prestasi masing-masing dalam PRU-13, PKR tidak membuang masa, memanggil perwakilan dan pimpinan parti untuk berkongres dan membincangkan perihal halatuju parti dan masalah yang telah berlaku sebelum ini.
Bermula pada Jumaat dengan kongres tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR banyak membincangkan tentang keputusan PRU-13 yang tidak menyebelahi PKR dan Pakatan Rakyat. Kongres tahunan PKR yang bermula pada Sabtu turut membincangkan perkara sama.
Ketika berucap merasmikan kongres AMK dan Wanita PKR, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menggesa sayap pemuda dan wanita parti itu untuk bergerak ke arah menjadikan PKR sebagai parti masa depan.
Katanya, barisan kepimpinan anak muda dan wanita itu perlu bersama-sama membangunkan parti secara menyeluruh termasuk mengukuhkan kepimpinan, membina generasi pelapis serta meningkatkan sumber kewangan untuk menguatkan organisasi dan perjuangan.
"Kita mempunyai kesenjangan waktu selama 5 tahun daripada sekarang untuk membina kekuatan parti.
"Segala kekuatan perlu digarap untuk memperkukuhkan organisasi dan struktur KEADILAN sebelum berdepan dengan perang akan datang," katanya.
Beliau juga menggesa parti itu untuk tidak membiarkan suasana politik di negara ini buntu dengan konflik dan pertelingkahan yang berpanjangan.
Katanya, semua pihak perlu ada keberanian moral untuk memulakan dialog politik yang melangkaui perbezaan politik.
Sementara itu ketika sidang media selepas merasmikan kongres AMK dan Wanita PKR, Azmin menyatakan kesediaan beliau untuk berdialog bersama kerajaan Barisan Nasional (BN) demi masa depan negara.
Beliau bagaimanapun menjelaskan kesediaan berdialog tersebut bukan berniat untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.
Malah sesi dialog seumpamanya pada pandangan beliau perlu dibuat dengan mana-mana pihak sahaja termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Jika Azmin dilihat lebih menitiberatkan tentang kesepakatan, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin pula mengecam tindakan parti dalam Pakatan Rakyat yang meletakkan calon di kawasan yang telah dipersetujui ditandingi rakan lain semasa Pilihan Raya Umum ke-13 yang baru lalu.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin menegaskan pihaknya juga mencela tindakan mencerca calon parti rakan dalam Pakatan Rakyat yang tidak seharusnya berlaku.
"Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan biarpun tidak ada bukti kukuh terhadap apa yang dikatakan," katanya yang mengalahkan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dalam PRU-13 yang lepas.
Isu mengukuhkan parti dan menjadikan PKR lebih relevan dengan mengambil lebih ramai anggota muda dan diberi peranan yang lebih besar turut disentuh oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika merasmikan kongres tahunan PKR pada Sabtu.
Untuk memastikan PKR terus mencapai kejayaan, Wan Azizah menasihatkan ahli dan pimpinan parti agar bermuhasabah diri supaya harapan tinggi rakyat tidak dikecewakan.
"KEADILAN mempunyai pengaruh nasional yang cukup hebat, namun perlu diseimbang dengan jentera yang mantap, berdisiplin dan kemas di peringkat akar umbi," katanya yang turut mencadangkan supaya usaha pemantapan jati diri anggota diperhebatkan.
Beliau juga mengajak BN bersama-sama untuk melaksanakan agenda pemulihan demokrasi melalui reformasi politik yakni reformasi pilihan raya dan reformasi Parlimen sebelum menawarkan rekonsiliasi.
Ketika kongres itu juga usul khas yang dibawakan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk menangguhkan pemilihan kepimpinan parti itu selama enam bulan bermula tempoh pengakhirannya pada November tahun ini diluluskan sebulat suara.
Saifuddin semasa membentangkan usul tersebut berkata penangguhan tersebut akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan dan tarikh pemilihan parti akan diumumkan kemudiaan.
Kali terakhir PKR mengadakan pemilihan parti adalah pada tahun 2010 lalu, Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah menetapkan setiap pertubuhan yang berdaftar perlu mengadakan pemilihan setiap tiga tahun sekali.
PKR merupakan parti politik pertama melaksanakan pemilihan secara langsung bagi semua jawatan di peringkat cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), termasuk jawatan presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 anggota MPP.
Ketika kongres itu juga Perwakilan PKR Sarawak, Joshua Jabeng menuntut agar kuasa autonomi diberikan untuk memilih calon bagi pilihan raya negeri yang dijangka akan diadakan dalam masa dua tahun lagi.
Katanya kuasa autonomi itu perlu diserahkan supaya tidak berlaku salah faham sehingga menyebabkan ada ahli parti bertanding sebagai calon Bebas.
Sementara itu, Pemimpin dan ahli parti komponen Pakatan Rakyat dinasihatkan agar menyuarakan perbezaan pendapat melalui saluran dalaman dan tidak lagi mengemukakan kepada media.
Perkara tersebut dibangkitkan oleh perwakilan Pulau Pinang, Sim Tze Tzin ketika berucap di Kongres Nasional Keadilan ke-9 itu.
Beliau juga berkata beberapa isu dasar yang telah dipersetujui dan dimasukkan ke dalam dasar bersama Pakatan Rakyat tidak diungkitkan lagi biarpun sengaja ditimbulkan oleh parti lawan.
Selain membincangkan halatuju parti dan kesilapan yang pernah dilakukan sebelum PRU-13, kongres kali ini juga menjadi medan untuk perwakilan menegur sikap pimpinan parti. Antara yang menjadi sasaran ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Abdul Khalid tidak melatah dengan teguran tersebut tetapi malah mengakui bahawa beliau seorang yang kedekut dalam membelanjakan wang negeri.
Katanya, beliau menerima teguran yang dikemukakan oleh perwakilan mengenai sikapnya itu dan berjanji akan meningkatkan perbelanjaan terutama di kawasan luar bandar.
"Selain meningkatkan perbelanjaan, saya juga akan meningkatkan simpanan negeri untuk kebaikan rakyat.
"Sasaran kita ialah untuk bangunkan kawasan desa kerana prinsip perjuangan kita ialah mengurangkan jurang yang berada dan kurang berada," katanya.
Sementara itu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa individu yang mengendalikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Selangor bukan terdiri daripada tokoh politik.
Dalam ucapan penggulungannya, Anwar menjelaskan bahawa kedudukan GLC bukan merupakan rizab parti.
"Kita jangan kompromi dengan prinsip integiriti pentadbiran yang baik yang kita bicarakan. Kedudukan GLC itu bukan rizab parti.
"Dan sesiapa yang duduk dalam GLC itu mungkin orang politik mungkin tidak. Tapi orang itu mesti ada kelayakan yang tidak akan mencampurkan urusan parti," katanya.
Dalam ucapan perbahasannya, Ketua Penerangan PKR Shuhaimi Shafiei, meminta ahli parti dilantik dalam GLC dan majlis tempatan untuk memantau mereka yang tidak sehaluan dengan dasar parti.
Sebanyak 2,500 delegasi bersidang pada kongres yang berlangsung di Dewan Sivik MBPJ, disamping kehadiran pemerhati dan tetamu khas parti serta wakil daripada 221 cabang di seluruh negara.
Irwan Muhammad Zain
Sun May 26 2013
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).