awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kongsi gelap berakar umbi lebih 20 tahun 'Geng 360' tumpas

Bernama
Bernama
10/02/2018
02:58 MYT
Kongsi gelap berakar umbi lebih 20 tahun 'Geng 360' tumpas
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd (tiga dari kiri) berkata operasi itu dijalankan susulan kejadian bunuh di Stesen Minyak Shell Taman Pelangi pada 17 Dis 2017.- Foto Bernama
Polis Johor menumpaskan kumpulan kongsi gelap 'Geng 360' selepas menahan 35 anggota kumpulan itu dalam operasi besar-besaran di seluruh negara pada Disember tahun lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata operasi itu dijalankan susulan kejadian bunuh di Stesen Minyak Shell Taman Pelangi pada 17 Dis 2017.
BACA: Lelaki maut ditikam, dilanggar di stesen minyak di Johor Bahru
"Kes pembunuhan tersebut telah selesai dan ketika siasatan dijalankan kita telah membongkar rangkaian kumpulan ini. Kesemua suspek yang ditahan merupakan lelaki warga tempatan berumur antara 20 dan 69 tahun.
"Hasil siasatan awal mendapati kumpulan ini sudah aktif 20 tahun dan menjalankan kegiatan dadah, kekerasan dan penyeludupan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Beliau berkata Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman juga membeku dan menyita harta milik anggota kumpulan bernilai RM6.5 juta meliputi tujuh kenderaan mewah, empat hartanah, 73 akaun bank pelbagai institusi kewangan, enam utas jam tangan berjenama dan wang tunai pelbagai mata wang.
Topic Berkaitan
#Dadah
#geng 360
#jenayah
#Johor
#Mohd Khalil Kader Mohd
#operasi
#polis
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan