awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsep kutipan makanan tanpa sentuh di R&R sepanjang Lebuh Raya PLUS

Bernama
Bernama
09/05/2021
00:19 MYT
Konsep kutipan makanan tanpa sentuh di R&R sepanjang Lebuh Raya PLUS
Suasana sepi dan lengang di ruang makan R&R Ayer Keroh ekoran larangan merentas negeri yang dilaksanakan kerajaaan bagi mengekang penularan COVID-19, ketika tinjauan 17 April, 2021. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Lebih 600 kawasan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya yang dikendalikan oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan terus dibuka namun tertakluk kepada arahan pihak berkuasa tempatan, bagi pelancong untuk mendapatkan makanan dan minuman secara konsep on-the-go.
PLUS dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menawarkan kemudahan dan kutipan tanpa sentuh menerusi fungsi Pre-Order PLUS melalui Aplikasi PLUS atau melalui https://orderdisini.plus.com.my/ yang menawarkan menu pilihan kepada pelanggan oleh rakan niaga dan peniaga-peniaga di 21 R&R terpilih.
Rakan niaga PLUS ini beroperasi di R&R di Dengkil (kedua-dua arah), Rawang (arah utara), Restoran Jejantas Sungai Buloh, Seremban (kedua-dua arah), Ulu Bernam (arah selatan), Tapah (arah selatan), Gunung Semanggol (kedua-dua arah) dan Gurun (kedua-dua arah).
Hentian sebelah Juru (arah selatan), Pagoh (kedua-dua arah), Machap (kedua-dua arah), hentian sebelah Kulai (arah selatan) dan tiga R&R dari lebuh raya LPT2 yang merangkumi Ajil (arah utara), Paka (arah utara) dan Perasing (arah selatan), katanya.
Semua operasi perniagaan di R&R dan hentian di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari 6 pagi hingga 12 malam hanya untuk hanya dibawa pulang kerana medan selera ditutup.
Sementara itu, sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), waktu operasi adalah dari 6 pagi hingga 12 malam dan dibenarkan makan di premis dengan pematuhan jarak fizikal dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
PLUS juga mengulangi komitmennya untuk terus memberikan perkhidmatan dan menyediakan kemudahan yang selamat, bersih dan selesa kepada pelanggannya di semua kawasan R&R di sepanjang lebuh raya.
Menurut kenyataan itu, orang ramai juga diingatkan untuk mematuhi SOP dengan mendaftar menerusi Aplikasi MySejahtera dan memeriksa suhu badan di tempat yang ditentukan dan menjaga jarak selamat sekurang-kurangnya satu meter ketika berbaris untuk makan atau ketika menggunakan kemudahan lebuh raya ketika ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PLUS
#lebuh raya
#tanpa sentuhan
#makanan
#PKP
#PKPB
#kutipan
#Aplikasi PLUS
#R&R
#Rehat dan Rawat
#perintah kawalan pergerakan
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#Seremban
#Kulai
#pelancong
#LPT2
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan