Program sambutan Ambang Tahun Baharu 2015 tajaan Kumpulan Ambank di Putrajaya pada 31 Dis ini dibatalkan sebagai tanda simpati terhadap mereka yang terjejas banjir, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Sehubungan itu, katanya beliau akan berbincang dengan pihak penaja berhubung cadangan supaya peruntukan untuk program itu berjumlah RM3 juta disalurkan kepada mangsa banjir.
"Ingin saya maklumkan bahawa program sambutan Ambang Tahun Baharu 2015 itu kosnya bukan daripada Perbadanan Putrajaya atau Kementerian Wilayah Persekutuan, ia ditaja Ambank.
"Saya akan berbincang dengan pihak Ambank, dengan pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim yang sedang menunaikan umrah, wang yang hendak dibelanja sebanyak RM3 juta (untuk program) itu kalau boleh disalurkan untuk bantuan banjir," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Krismas Wilayah Persekutuan anjuran kementerian bersama-sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Wilayah Persekutuan di sini pada Khamis.
Hadir sama Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan, Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Adnan Md Ikshan dan Ketua Pengarah DBKL Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz.
Pelbagai pihak sebelum ini menggesa kerajaan membatalkan program sambutan Ambang Tahun Baharu 2015 di Putrajaya kerana ia tidak sesuai berikutan bencana banjir yang sedang melanda dan peruntukan untuk program itu disalurkan kepada mangsa banjir.
Tengku Adnan bagaimanapun berkata program selawat yang akan diadakan di Masjid Putrajaya dan di Jalan Raja, di sini akan diteruskan sebagaimana dirancang.
Selain itu, katanya kementeriannya melalui DBKL bersedia menghantar peralatan dan keperluan untuk membantu mangsa dan kawasan yang terlibat banjir.
"Kita sediakan tenaga penyelamat, pasukan pembersihan sebanyak 100 orang, klinik bergerak, pelbagai jenis lori, tangki air, pengangkutan pengkhususan sampah, jentolak dan khidmat fogging," katanya.
Beliau berkata kementerian juga menyediakan kaunter khas untuk orang ramai memberikan sumbangan pakaian dan makanan kepada mangsa banjir mulai Isnin ini di lobi ibu pejabat kementeriannya di Putrajaya, lobi DBKL dan ruang legar Dewan Tun Abdul Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno berkata beliau juga telah mengeluarkan arahan kepada Umno bahagian di setiap negeri yang tidak terlibat banjir untuk turut membantu dalam memberi sumbangan tenaga dan apa jua bantuan yang diperlukan.
Bernama
Thu Dec 25 2014
Tengku Adnan akan berbincang dengan pihak penaja berhubung cadangan supaya peruntukan untuk program itu berjumlah RM3 juta disalurkan kepada mangsa banjir.- Gambar Fail
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Murid 12 tahun antara 478 ditahan dalam operasi lumba haram malam tahun baharu
Seorang pelajar berusia 12 tahun antara 478 individu ditahan dalam operasi lumba haram ketika menyambut Tahun Baharu 2024 di Bandaraya Alor Setar awal pagi Isnin.
Lupakan sambutan bunga api demi Palestin
Bukan hanya orang dewasa malah kanak-kanak dan pengunjung bukan Muslim termasuk pelancong asing turut hadir bagi menzahirkan solidariti.
Bendera Sarawak kini dikenali sebagai Ibu Pertiwi - Abang Johari
Sebelum ini bendera Sarawak tidak mempunyai sebarang nama tersendiri seperti bendera Malaysia yang digelar Jalur Gemilang.
Barisan menteri doakan kesejahteraan rakyat, komited terus majukan negara
Seluruh rakyat Malaysia diajak bersama bersatu padu dan bekerja keras demi memastikan Malaysia yang lebih gemilang bagi generasi masa depan.
PDRM laksana operasi ambang tahun baharu besar-besaran seluruh negara
Operasi itu melibatkan 4,378 pegawai dan anggota PDRM selain pelbagai agensi penguat kuasa lain.
Aktiviti keagamaan, riadah bersama keluarga warnai sambutan ambang tahun baharu 2024
Ketibaan Tahun Baharu 2024 disambut sederhana di seluruh negara setelah kerajaan memutuskan tiada sambutan rasmi diadakan sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang ditindas kejam oleh rejim
Ambang Tahun Baharu 2024: Rapid KL lanjut waktu operasi, tambah kekerapan tren
Lanjutan operasi ini melibatkan 12 stesen rel transit aliran ringan (LRT), transit aliran masa (MRT) dan Monorel KL.
Op Ambang Tahun Baharu: 146 kenderaan disita, 2,016 saman dikeluarkan di P. Pinang
Tindakan itu hasil daripada pemeriksaan ke atas 5,340 kenderaan sepanjang operasi tersebut yang melibatkan 1,294 pegawai dan anggota.
Polis keluar 372 saman, sita 10 motosikal dalam operasi ambang tahun baharu di ibu negara
Ia merupakan hasil pemeriksaan yang dibuat ke atas 841 buah kenderaan yang terlibat di kesemua lokasi SJR.
KLCC anjur sambutan ambang tahun baharu
KLCCH bersama DBKL akan menampilkan sambutan ekstravaganza ambang tahun baharu selama tiga jam di taman Esplanade KLCC pada 31 Dis.