UNTAIAN kata-kata indah nukilan sang pujangga S Amin Shahab pada awal konsert Fantasia Bulan Salju sebenarnya sudah cukup menggambarkan keseluruhan kembara dan sepak terajang kugiran Search dalam belantika muzik tempatan juga Nusantara.
Search dilabelkan sebagai kumpulan rock paling popular dan 'terfenomena' di Malaysia sejak pertama kali diperkenalkan oleh meastro dan sifu Datuk M Nasir pada sekitar tahun 1980-an.
Sejak muncul dengan album pertama, karier seni Search meroket. Biar terjadi banyaknya ‘skandal’ keluar masuk — ‘gencatan senja’, damai di antara anggota-anggotanya dari Amy kepada arwah Yazit, Nasir, Kit, Din, Hillary — siapapun yang mengisi dan bermain bersama salah seorang anggota kumpulan ini, meski ada ‘18 buah kumpulan Search pun’, mereka tetap Search.
Roh dan jiwa Search ada di dalam hidup mati mereka sama ada terus dibanding-bandingkan atau dilaga-lagakan, lebih bagus atau tidak —- suka atau tidak — mereka adalah Search.
Maka pada malam konsert Fantasia Bulan Salju yang menyaksikan Search menjadi artis lokal pertama kali melakukan konsert setelah 38 tahun Arena of Stars berdiri di Genting Highland, semua ‘sepak terajang’ lebih tiga dekad kerjaya mereka dipamerkan.
Secara peribadi Fantasia Bulan Salju yang diilhamkan daripada lagu hit mereka, Fantasia Bulan Madu adalah sebuah konsert tanpa penampilan ekstravaganza yang sengaja dicipta hanya demi membuat satu pembuktian ‘keakuan’ atau mendapatkan pujian hebat.
Namun ia menjadi spektakular kerana berjaya membuat 5,000 peminat yang datang duduk tidak meninggalkan kerusi dan yang berdiri tetap setia sehingga lebih 20 lagu dimainkan dengan repertoire yang sangat sentimental.
Konsert yang dibawakan oleh MIC Entertainment Group ini mengalir cemerlang dengan gaya tersendiri. Permainan cahaya yang tidak berlebihan, paparan skrin LED yang tidak merapu dan paling penting sistem bunyi yang dikeluarkan daripada setiap insturmen atau mesin yang terlibat, memuaskan.
Sungguh, tidak ada yang luar biasa tetapi ia menjadi momen berharga apabila setiap anggota Search yang sudah melewati usia paruh baya — dengan sang vokalis Amy yang masuk usia 65 tahun begitu juga Nasir, Man Kidal dan Hillary yang tidak lagi muda secara fizikal ‘bekerja’ di atas pentas dengan sangat profesional tanpa memaksa keras diri melakukan perkara berlebihan lalu menikmati penuh 'antusias' yang diusahakan.
Jiwa mereka juga sentiasa muda dan memulakan konsert dengan lagu Bencana sebelum Amy mencari ruang selesa dan ekspresi seperti biasa yang liar dan tidak ditahan-tahan menerusi lagu-lagu seperti Derap Komando, Langit Dan Bumi, Gelora Cinta, Honky Tong Kosong misalnya pantas membuat atmosfera konsert ‘membahang’.
Lewat konsert ini juga Search membuktikan segudang hit yang mereka ada tidak memerlukan ia diperam sehingga ke akhir hanya demi memastikan peminat tidak kebosanan atau pulang awal.
Ia dibuktikan apabila tanpa ‘amaran’, Fantasia Bulan Madu didendangkan seawal lagu ketujuh yang diiringi dengan turunnya ‘salji’ di dalam Arena of Stars menjadi sebuah elemen ringkas tetapi menepati konsep yang diuar-uarkan sebelum ini.
Tidak tunggu lama, Search bersama pemain drum pertama mereka, Arthur Kam terus membawa peminat menziarah masa silam masuk ke terowong masa lewat tembang melankolis seperti Rozana, Laila Namamu Teratas, Nigina, Tiada Lagi, Gadisku, Kejora dan Isabella dipersembahkan tanpa memberi peminat berehat.
Ia ibarat anda mahu masuk ke dunia Search, maka anda dapatkannya dalam konsert Fantasia Bulan Salju yang pada sidang akhbar memang diberitahu akan berbaur romansa seperti temanya.
Pun demikian, apalah Search tanpa lagu-lagu rock yang telah membuat mereka mendunia.
Maka bersama pemain dram kedua mereka, si manis 17 tahun, Naimi membawa konsert ini tidak terkendali lewat ketukan-ketukan padu ‘tak beri peluang’, Search turut mempersembahkan Diary Habil Qabil, Cakap Memang Murah, Gothik Malam Edan, Paranoid, Fenomena dan Isi Atau Kulit yang sekali lagi membuat seluruh Arena of Stars dari hujung ke hujung, atas dan bawah bergemuruh.
Malah menutup konsert dengan dua hit yang sudah menjadi ‘lagu kebangsaan’ Search iaitu Pelesit Kota dan Pawana adalah keputusan terbaik kerana ia membuat peminat kecanduan untuk kembali menonton lagi konsert mereka pada masa akan datang.
Kerana Konsert Search: Fantasia Bulan Salju bukan tentang kehebatan. Bukan tentang perlawanan ego. Bukan tentang semuanya perlu extravaganza.
Tapi ia perlukan keikhlasan dalam setiap sesuatu yang dilakukan. Dan bisa terlihat dengan jelas, konsert ini menjadi saksi Search pulang menjadi mereka yang dahulu (barangkali) yang pada zaman muda naik ke pentas, having fun dan hanya mahu menjadi penghibur yang telah meninggalkan banyak momen manis dalam hati para peminat mereka.
Inilah yang menjadi definisi penghibur ‘berkelas’. -- Gempak
Gempak
Mon Aug 14 2023
Search dilabelkan sebagai kumpulan rock paling popular di Malaysia sejak pertama kali diperkenalkan oleh meastro dan sifu Datuk M Nasir pada sekitar tahun 1980-an.- Foto Gempak
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
Menjelang konsert Endemik, aksi hebat Search di AME 2021 bukti otai masih menyengat
Persembahan penuh bertenaga itu menyaksikan Search menggegarkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan medley empat buah lagu.
Yazit Search terharu rakan 'rockers' XPDC bantu ringankan beban sakitnya
Yazit Search yang turut hadir ke sidang media tersebut dilihat masih lagi uzur dan bertongkat terharu dengan usaha yang dimainkan oleh anggota XPDC.
Terima kasih Astro AWANI, terima kasih MOTAC - Yazid Search
Penderitaan pemain drum Search, Yazid Ahmad atau lebih dikenali Yazid Search yang mengidap komplikasi buah pinggang mendapat pembelaan
Era muzik rock kapak yang dirindui
Muzik rock kini mungkin sedikit terpinggir namun masih ada sebenarnya yang kekal dalam arena perjuangan ini.
Otai berkumpul dalam All Stars, sasar penyertaan 50 'rockers'
Asas penubuhan kumpulan ini adalah untuk menjadikan All Stars sebagai satu platform kepada mana-mana artis lama dalam industri muzik yang mungkin berdepan pelbagai masalah untuk kembali menyinar.
Major quake cuts communications, halts oil and gas operations in Papua New Guinea
At least one company began evacuating non-essential personnel after a powerful 7.5 magnitude earthquake hit Papua New Guinea's energy-rich interior on Monday.
'Search: Phenomena of Rock n Roll' papar 36 tahun perjalanan Search
Lebih tiga dekad bergelumang dalam dunia muzik tanah air, Search berkongsi cerita suka-duka perjalanan seni mereka dalam buku biografi.
Search pilih album Fenomena untuk diabadikan dalam piring hitam
Kumpulan rock legenda, Search, memilih album Fenomena untuk diabadikan dalam bentuk piring hitam kerana ia mempunyai nilai sentimental tersendiri.
Search gabungkan rock dan cello dalam konsert di Istana Budaya
Panggung berprestij itu bakal digegarkan dengan konsert yang menghadiahkan lebih daripada sekadar tenaga rock & roll.