awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsul Jeneral China mohon media hormati privasi mangsa bot karam

Bernama
Bernama
31/01/2017
04:32 MYT
Konsul Jeneral China mohon media hormati privasi mangsa bot karam
Mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pihak berkuasa Malaysia, Chen berkata China berpuas hati dengan semua langkah yang diambil pihak berkuasa Malaysia. - Gambar fail
Konsul Jeneral China di sini Chen Peiji memohon pihak media menghormati privasi mangsa bot karam yang sedang dirawat di Hospital Queen Elizabeth di sini.
Katanya Konsulat China menghargai keprihatinan rakyat Malaysia yang berkongsi kesedihan selain bersedia membantu mangsa dan keluarga, namun pada masa sama harus ambil kira privasi mereka yang terlibat dalam tragedi itu.
"Saya hargai kemesraan semua pihak yang datang ke hospital tetapi tolonglah jangan rakamkan dialog (temu bual) dengan mangsa.
"Tolong jangan ambil gambar mangsa kerana mereka alami banyak kecederaan pada anggota tubuh mereka. Biarlah mereka dalam persekitaran yang aman untuk sembuh dan paling penting jangan ambil gambar dan terbitkan kepada awam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di pusat media Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Likas, di sini hari ini.
Mengenai keadaan mangsa yang sedang dirawat, Chen berkata keadaan mereka bertambah baik.
Mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pihak berkuasa Malaysia, Chen berkata China berpuas hati dengan semua langkah yang diambil pihak berkuasa Malaysia.
Mereka juga terharu kerana turut mendapat perhatian pemimpin tertinggi Malaysia sekali gus memberi penekanan akan pentingnya operasi SAR itu bagi Malaysia, katanya.
Chen berkata beliau dimaklumkan kawasan operasi turut diperluas hari ini.
"Kami cuma berharap usaha diteruskan. Tolong jangan berputus asa sehingga semua mangsa yang masih hilang ditemukan. Saya juga ingin menyampaikan pesanan daripada presiden saya, Xi Jinping, supaya jangan biarkan seorangpun pelancong China berkenaan tidak jumpai," katanya.
Katanya beliau dimaklumkan operasi diperhebat pada jam-jam terakhir daya tahan seseorang mangsa yang jatuh ke laut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#China
#konsul jeneral china
#not pelancong karam
#perairan Sabah
#pulau menga;lum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan