Skip to main content

Politik

[TERKINI] PRN Melaka: Rauf akur arahan SPR, diingatkan batas 50 meter

Rauf kemudian mematuhi nasihat itu dan menunggu di luar kawasan yang ditetapkan. - Astro AWANI
Rauf kemudian mematuhi nasihat itu dan menunggu di luar kawasan yang ditetapkan. - Astro AWANI
Advertisement

AYER KEROH: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akur dengan arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak menghampiri kawasan pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, hari ini.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara tiba sekitar jam 11.10 pagi untuk menunggu pegawai pengiringnya selesai mengundi.

Pengarah Pilihan Raya Negeri Sembilan, Norlinah Jamman yang bertugas di pusat mengundi awal DUN Ayer Keroh berkata, beliau menasihatkan Rauf supaya mematuhi had 50 meter yang ditetapkan.

Advertisement

Menurutnya, peringatan itu dibuat bagi mengelakkan sebarang isu berbangkit memandangkan Rauf merupakan calon yang bertanding pada pilihan raya kali ini.

“Saya memaklumkan betul-betul ngam-ngam 50 meter. Kalau dia sekadar di pejabat berdekatan tiada masalah, tetapi bila saya nampak dia datang ke sini, saya kena maklumkan kepada dia.

Advertisement

“Saya cakap, Datuk Seri, saya menasihatkan kerana menurut peraturan yang menyatakan tidak boleh. Dia pun calon, saya takut orang gunakan isu kerana dia calon,” katanya.

Norlinah menjelaskan, hanya pengundi, wakil calon serta petugas yang diberikan pas oleh SPR dibenarkan memasuki kawasan pengundian berkenaan.

Rauf kemudian mematuhi nasihat itu dan menunggu di luar kawasan yang ditetapkan.

Sementara itu, sebanyak 60.93 peratus atau 6,042 daripada 9,917 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab masing-masing setakat jam 11 pagi, menurut statistik SPR.

Daripada jumlah itu, 1,468 anggota polis telah mengundi, bersamaan 60.04 peratus daripada 2,445 pengundi yang layak.

Bagi anggota tentera pula, sebanyak 61.22 peratus atau 4,574 daripada 7,472 pengundi telah selesai membuang undi.

Proses pengundian awal berlangsung hari ini sebelum hari pengundian biasa pada 14 November ini.

 

 

Must Watch Video

Advertisement