awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Industri MICE raih anggaran impak ekonomi RM1 bilion pada 2025
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsulat Malaysia, Mercy Malaysia serah bantuan kepada mangsa banjir di Aceh

Bernama
Bernama
04/01/2026
08:28 MYT
Konsulat Malaysia, Mercy Malaysia serah bantuan kepada mangsa banjir di Aceh
Konsul Jeneral Shahril Nizam Abdul Malek berkata bantuan itu merupakan penyerahan kali ketiga di bawah program Peduli Bencana Banjir. - Foto: Konsulat Jeneral Malaysia di Medan
JAKARTA: Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, dengan kerjasama Mercy Malaysia, menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada 125 keluarga di Kota Lintang Bawah, Kuala Simpang, di Aceh Tamiang, Indonesia.
Bercakap kepada Bernama pada Ahad, Konsul Jeneral Shahril Nizam Abdul Malek berkata bantuan itu merupakan penyerahan kali ketiga di bawah program Peduli Bencana Banjir.
Beliau berkata bantuan yang diagihkan pada Jumaat lepas itu merangkumi bakul makanan dan peralatan pembersihan bagi membantu mangsa banjir memenuhi keperluan segera serta memulakan kerja pembersihan sisa bencana.
Menurutnya, Kota Lintang Bawah merupakan antara kawasan yang paling teruk terjejas, dengan sebahagian besar daripada kira-kira 800 rumah musnah akibat banjir, manakala hanya beberapa buah rumah mengalami kerosakan ringan.
"Kampung ini terletak di kawasan tebing sungai. Apabila banjir berlaku, kayu balak yang dihanyutkan arus akan terkumpul dan merempuh rumah penduduk di sini," katanya.
Shahril Nizam berkata konsulat turut mengadakan perbincangan dengan pegawai tempatan pada hari penyerahan bantuan bagi menyelaras proses prapemulihan.
Ini termasuk usaha membangunkan semula kemudahan kesihatan untuk komuniti setempat, termasuk 12 kemudahan yang musnah sepenuhnya akibat bencana.
"Kami sedang berusaha menubuhkan sebuah pusat yang akan dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan asas sebuah klinik," katanya.
Media melaporkan bahawa banjir dan tanah runtuh yang melanda Sumatera pada akhir November lalu telah mengorbankan lebih 1,000 nyawa, dengan 165 orang masih hilang, manakala lebih 250,000 penduduk terpaksa dipindahkan.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Aceh Tamiang mencatatkan jumlah penduduk dipindahkan kedua tertinggi iaitu kira-kira 115,000 orang, selepas Aceh Utara yang merekodkan 166,900 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konsulat Malaysia
#mercy malaysia
#bantuan kemanusiaan
#mangsa banjir
#Aceh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan