GEORGE TOWN: Kontrak syarikat pengurusan tapak pelupusan sampah Pulau Burung di Nibong Tebal kemungkinan tidak disambung selepas tamat pada 5 April ini.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, perkara itu telah dibincangkan sebanyak dua kali dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Pulau Pinang yang diadakan pada minggu lalu dan Rabu.
Menurutnya, Bahagian Kerajaan Tempatan dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah membentangkan laporan proses penelitian penamatan kontrak syarikat berkenaan.
"Kontrak syarikat ini akan tamat pada 5 April ini.
"MBSP sedang menyediakan garis masa (timeline) untuk menguruskan tapak pelupusan itu secara interim sekiranya kontrak ini ditamatkan sebelum sebuah syarikat berteknologi baharu dilantik.
"Itu kedudukan terkini dan notis akan disampaikan kepada syarikat berkenaan tentang perkara ini," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri di Komtar pada Khamis.
Mengulas mengenai status terkini tapak pelupusan yang terbakar pada 12 Januari lalu, Kon Yeow berkata, tiada kebakaran baharu selain tiada kawasan yang masih berasap ditemui.
"Setelah kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada 1 Februari lalu yang mengambil masa selama 20 hari, tiada kebakaran baharu atau asap dikesan di tapak berkenaan.
"Kerja tambak menggunakan tanah merah masih dijalankan di tapak berkenaan. Kerja ini akan diteruskan di semua kawasan di atas tapak pelupusan tersebut," katanya.
Pada 12 Januari lalu, tapak pelupusan sampah di Jalan Byram, Nibong Tebal terbakar dalam kejadian kira-kira jam 5 petang.
Anggaran keluasan tapak pelupusan itu adalah 33 hektar namun anggaran kawasan yang terbakar berkeluasan 11 hektar.
Susulan daripada itu, kira-kira 400 penduduk daripada 86 keluarga yang tinggal berhampiran tapak pelupusan sampah itu dipindahkan sementara atas faktor keselamatan.
Tindakan itu diambil susulan pemantauan kualiti udara di tiga lokasi iaitu Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Changkat dan Dewan MPKK Kampung Kebun Baru oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati udara di kawasan itu mengandungi gas yang boleh memberi risiko kesihatan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Feb 25 2022
Tiada kebakaran baharu ditemui di tapak pelupusan sampah Pulau Burung pada ketika ini. - Foto Sinar Harian
Apple dilapor semakin hampir dalam kerjasama guna teknologi OpenAI pada iOS 18
Selain OpenAI, Apple turut berbincang bersama Google untuk penggunaan Gemini pada iOS 18, tetapi masih belum mencapai tahap perbincangan seperti OpenAI setakat ini.
Ajaran The Ahmadi cuba disebarkan semula
Ajaran The Ahmadi cuba disebarkan semula walaupun telah lama difatwakan sesat oleh pihak berkuasa agama Islam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri.
Pertemuan Anwar, Sheikh Mohammed medan terbaik Malaysia faham situasi terkini di Gaza
Malaysia melihat peranan Qatar sangat signifikan memandangkan negara itu merupakan orang penting dalam rundingan antara Palestin dan Israel.
Penunjuk perasaan pro-Palestin dan polis Florida bertempur
Penunjuk perasaan pro-Palestin bertempur dengan polis di Orlando, Florida, pada Sabtu.
Menurut penunjuk perasaan yang menggesa gencatan senjata di Gaza, polis menyembur semburan lada dan gas pemedih mata ke atas kebanyakan wanita dan kanak-kanak yang berdemonstrasi secara aman di sebuah taman.
Menurut penunjuk perasaan yang menggesa gencatan senjata di Gaza, polis menyembur semburan lada dan gas pemedih mata ke atas kebanyakan wanita dan kanak-kanak yang berdemonstrasi secara aman di sebuah taman.
Letupan dahsyat, asap hitam penuhi utara Gaza
Tentera Israel menyeru penduduk Palestin yang berlindung di kawasan Jabalia di utara Gaza untuk mengosongkan kawasan berkenaan selepas mendapat maklumat kononnya Hamas cuba memulihkan semula kawalannya di kawasan itu.
Nasihat Wan Rosdy kepada ahli UMNO: “Ikhlas sertai parti, buang sikap pentingkan diri”
Sikap pentingkan diri menjadi masalah dalaman parti dan andai dibiarkan boleh merosakkan keutuhan UMNO.
Tentera Israel arah penduduk Palestin berpindah dari Rafah
Arahan berpindah itu dikeluarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.
Bas terbalik di lebuh raya PLUS, 41 penumpang terselamat
Seramai 41 penumpang termasuk pemandu terselamat setelah bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di kilometer 264.5 lebuhraya utara selatan (PLUS), arah selatan hari ini.
Wartawan baharu perlu aktif turun padang, elak ‘cerita’ disampaikan hambar
Pengamal media perlu aktif turun lapangan bagi mencari bahan berita lebih tulen tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada maklumat diperoleh atau dikongsikan melalui media sosial.
AWANI Ringkas: Dijangka catat dagangan dalam julat kecil
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Orang ramai diingatkan tidak simpan stok beras dalam kuantiti besar
Semua pihak diingatkan untuk tidak menyimpan stok beras dalam kuantiti yang besar bagi mengelakkan berlakunya pembaziran bekalan makanan itu.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Tapak pelupusan sampah di Tumpat terbakar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor bersama dua jentera bomba dikerahkan ke lokasi kebakaran.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
Tapak pelupusan sampah Lubok Jong terbakar
Tapak pelupusan sampah seluas 0.2 hektar di Lubok Jong, Pasir Mas terbakar pada Ahad malam.
Polis musnahkan bom tangan dijumpai pekerja tapak pelupusan
Polis menerima aduan berhubung penemuan bom tangan itu pada jam 1.30 petang Isnin.
Gunung sampah terbakar di Bandung
Kebakaran gunung sampah di Tapak Pembuangan Akhir Sarimukti di Cipatat, kabupaten Bandung Barat dilaporkan bermula sejak 19 Ogos lalu.
Kebakaran tapak pelupusan sampah di Bandung masih belum terpadam
Kebakaran yang melanda tapak pelupusan sampah di Sarimukti, Cipatat, daerah Bandung Barat sejak Sabtu lalu dilaporkan masih belum dapat dipadam sepenuhnya.