KOTA KINABALU: Pengamal media khususnya dalam kalangan wartawan generasi baharu di Sabah perlu sentiasa aktif turun ke lapangan bagi mencari bahan berita lebih tulen tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada maklumat diperoleh atau dikongsikan melalui media sosial.
Pendekatan itu penting bukan sekadar untuk memberi pengalaman berharga kepada golongan wartawan tetapi membantu mereka menghasilkan laporan berita berimpak tinggi dan komprehensif dengan naratif lebih menarik menerusi pemerhatian di lokasi sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat.
Bekas Ketua Biro News Straits Times (NST) Sabah, Roy Anthony Goh, 54, yang berpengalaman 31 tahun dalam bidang kewartawanan berkata, persembahan berita berdasarkan media sosial tanpa sampai ke lapangan menjadikan 'cerita' cuba disampaikan wartawan agak hambar.
"Pengamatan kurang, persembahan berita sekarang dasarkan media sosial. Cerita (mengenai situasi) sebenar juga kurang kerana wartawan tidak sampai (di lapangan). Semua berdasarkan ada dimuatkan di media sosial dan apa yang tular di media sosial. Itu menyebabkan cerita (berita) tawar.
"Aspek pemerhatian perlu dipraktikkan oleh setiap wartawan bagi membolehkan setiap berita dihasilkan serta dipersembahkan dengan lebih jelas diiringi informasi tepat dan difahami pembaca," katanya kepada Bernama.
Mengambil contoh kejadian rumah terbakar, Roy berkata, laporan berita menceritakan kisah di sebalik kejadian termasuk kesannya kepada penduduk kehilangan tempat tinggal dilihat sudah semakin kurang susulan wartawan kini lebih banyak menghasilkan berita berdasarkan maklumat daripada media sosial.
Mengakui media sosial sebagai cabaran dalam dunia kewartawanan masa kini, namun Roy berpendapat, teknologi digital seharusnya tidak menjadi penghalang wartawan khususnya di Sabah mempraktikkan budaya turun padang mencari bahan berita, mengumpul maklumat dan membuat pemerhatian di lokasi tugasan.
"Dulu (wartawan) bergantung kepada kerja di lapangan, mesti keluar ke lapangan tetapi sekarang (wartawan) berdasarkan hujung jari (media sosial). Jangan menyampaikan laporan berita berdasarkan media sosial, berita tidak 'sampai' (tiada impak).
"Justeru, pengamal media (khususnya) wartawan mesti dan perlu turun ke lapangan, turun padang. Sekurang-kurangnya boleh tahu hal sebenar," katanya yang masih aktif dalam bidang kewartawanan sehingga kini.
Pandangan sama turut dikongsikan seorang wartawan veteran Sabah, Anna Vivienne, 65, yang berpendapat, pengamal media khususnya wartawan perlu kekal relevan dengan meningkatkan kemahiran penulisan dan pemerhatian terhadap sesuatu isu agar dapat memajukan industri media di negeri ini.
Anna yang berkecimpung dalam bidang kewartawanan pada 1986 dan juga penulis buku serta wartawan sebuah portal berita di Sabah turut menekankan penting bagi seorang wartawan untuk sentiasa peka serta tidak sambil lewa dalam menghasilkan laporan berita.
Beliau yang pernah menjadi wartawan beberapa agensi media tempatan Sabah serta penyampai radio berkata, kewartawanan penyiasatan juga perlu diperkasa bagi memastikan setiap laporan dihasilkan lebih menyeluruh merangkumi semua perspektif bagi merungkai apa sahaja isu berbangkit.
"Kewartawanan penyiasatan ini perlu kerana ia membolehkan kita tahu punca sebenar (sesuatu isu), kenapa, bila, bagaimana ia terjadi, siapa bertanggungjawab dan kita tanya pihak yang boleh memberi penyelesaian supaya orang tahu termasuk pihak berwajib dan pemimpin," katanya.
Sementara itu, wartawan sambilan Berita Harian, Rafiqah Dahali, 32, berkata, agensi media juga dilihat perlu lebih terbuka dan bersedia untuk menerbitkan laporan berita yang mengetenghkan isu rakyat meskipun ia hanya bersifat tempatan bagi memastikan industri ini berkembang maju serta kekal relevan.
"Walaupun isu tempatan, tetapi pada saya, pembaca juga mempunyai keperluan untuk tahu secara mendalam dan membina kefahaman secara baik berkaitan isu-isu tempatan di sesetengah tempat," katanya.
Bagi meraikan sumbangan pengamal media yang berperanan membentuk minda masyarakat bermaklumat selain memupuk kerjasama dan memacu perubahan positif dalam industri, pada 29 Mei setiap tahun diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional (HAWANA) dan sambutan itu diperkenalkan sejak 2018.
HAWANA 2024 diadakan selama tiga hari bermula 25 Mei di Kuching, Sarawak dengan mengangkat tema 'Etika Teras Kewartawanan Mapan' dan kemuncak sambutan akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Mei. - BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2024
Pengamal media perlu sentiasa aktif turun ke lapangan bagi mencari bahan berita lebih tulen tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada maklumat diperoleh atau dikongsikan melalui media sosial. - Gambar hiasan
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Banjir: TPM Ahmad Zahid rakam terima kasih kepada pengamal media
Ahmad Zahid berkata dalam situasi bencana, peranan yang dimainkan pengamal media menjadi lebih kritikal.
Pendekatan komprehensif antara pemain media dan pihak berkuasa depani salah guna AI - Ashwad Ismail
Pendekatan komprehensif di antara kerajaan, pemain industri media serta pihak berkuasa perlu digerakkan bagi mendepani risiko penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) terutamanya berkaitan peny
Majlis Media Malaysia perlu ditubuhkan segera - Kesatuan media
Majlis Media Malaysia perlu diberi mandat kuasa bagi melindungi pengamal media secara undang-undang, fizikal, ekonomi serta sosial.
Era multipolar: Wartawan perlu nyatakan kebenaran tanpa berat sebelah - Forum
Golongan profesional media perlu nyatakan kebenaran meskipun industri memerlukan jumlah penonton dan pengikut yang ramai.
Israel dakwa wartawan Palestin Al Jazeera ahli Hamas
Al Jazeera sifatkan tindakan Israel terhadapnya adalah jenayah, kejam dan tidak bertanggungjawab.
11 wartawan veteran Bernama terima Anugerah Wartawan Sepanjang Hayat
Mengiktiraf komitmen mereka terhadap amalan standard tertinggi kewartawanan dan dalam menegakkan prinsip integriti, keadilan dan kebenaran.
AI tidak dapat ganti wartawan di lapangan - Fahmi
Kecerdasan buatan (AI) bukan pengganti manusia sebaliknya boleh dimanfaatkan untuk menjana kreativiti di lapangan tertentu terutama dalam bidang kewartawanan.
Media rasmi Palestin berduka, wartawan terkorban dalam serangan Israel
Tamim Muammar terbunuh bersama sebahagian besar ahli keluarganya dalam serangan udara Israel ke atas rumah mereka di Khan Younis.
Dakwa rombakan PDRM: PDRM disanjung tinggi, minat besar terhadap polis dorong wartawan menulis laporan
"Mungkin minat yang besar terhadap pasukan polis mendorong wartawan berkenaan menulis laporan tersebut."