awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontraktor, adik cedera dipukul gara-gara saling bertentang mata

Sinar Harian
Sinar Harian
14/03/2022
22:15 MYT
Kontraktor, adik cedera dipukul gara-gara saling bertentang mata
Mangsa bersama adiknya bertindak melarikan diri setelah mendapati suspek turut bersenjatakan parang dan pisau. - Gambar hiasan
KLANG: Gara-gara perselisihan faham akibat saling bertentang mata di sebuah kafe, seorang kontraktor bersama adiknya cedera dipukul menggunakan pengunci stereng oleh sekumpulan individu di hadapan sebuah kedai di Taman Petaling Indah pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.40 pagi itu, mangsa bersama adik lelakinya keluar daripada sebuah kafe dan menuju ke tempat parkir.
"Mangsa bersama adiknya berumur lingkungan 30-an itu didatangi tiga individu menaiki sebuah kereta yang mana salah seorang individu tersebut dikenali mangsa.
"Suspek kemudiannya terus menyerang mangsa menggunakan pengunci stereng di bahagian bahu kanan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, mangsa bersama adiknya bertindak melarikan diri setelah mendapati suspek turut bersenjatakan parang dan pisau.
"Dalam kejadian tersebut mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan manakala adik mangsa cedera di bahagian perut dan kaki akibat terkena senjata tajam.
"Selain itu, adik mangsa turut mengalami kecederaan pada bahagian mulut akibat dipukul dengan menggunakan pengunci stereng," katanya.
Mengulas lanjut, Hoong Fong berkata, siasatan mendapati terdapat empat suspek terlibat dalam kejadian tersebut.
"Dua daripada suspek dikenali oleh mangsa dan punca kejadian disebabkan perselisihan faham semasa berada di sebuah kafe.
"Kedua mangsa kemudiannya mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang," katanya.
Tambahnya, siasatan dijalankan kemudiannya membawa kepada penangkapan dua suspek dipercayai terlibat dalam kejadian terbabit.
"Kedua-dua suspek itu berkas di sekitar kawasan bandar Klang kira-kira jam 9.30 malam berumur antara 26 dan 27 tahun.
"Siasatan lanjut berkaitan kes masih lagi dijalankan dan polis sedang memeriksa rakaman kamera litar tertutup di lokasi serta sedang mengesan suspek yang masih bebas.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Perselisihan Faham
#bertentang mata
#pukul
#Kontraktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan