KUALA LUMPUR: Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas pertuduhan menyerahkan kad perniagaannya tertera gelaran 'Datuk', yang tidak diiktiraf kepada seorang wanita, empat tahun lepas.
Mohamed Rafi Mohamed Hanifa, 37, didakwa menyerahkan kad perniagaan tertera nama 'Datuk Mohamed Rafi Mohamed Hanifa' kepada wanita itu, yang mempamerkan jata negara dan darjah kebesaran, yang gelaran 'Datuk' itu tidak diiktiraf.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah firma guaman di Ampang Jaya, pada 10 pagi, 5 Okt 2019, mengikut Seksyen 3 (1)(a) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 5 akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Annur Athirah Amran menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin manakala peguam Uma Gunaseelan yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya penanggung tunggal keluarga dan tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri.
Majistret Amalina Basirah Md Top membenarkan jaminan RM5,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Mei depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2023

Majistret Amalina Basirah Md Top membenarkan jaminan RM5,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Mei depan untuk sebutan semula kes. - Gambar hiasan
ASEAN25: Mohamad bertemu Setiausaha Agung ASEAN
Meteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan bertemu Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn di Putrajaya pada Khamis.

Pemandu lori didakwa memandu bawah pengaruh dadah, sebabkan kematian kanak-kanak Singapura
Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak warga Singapura.
Hong Kong permudah kemasukan pelawat ASEAN
Hong Kong mengumumkan pelaksanaan rasmi program memudahkan kemasukan pelawat dari 10 negara ASEAN.
Maritim Malaysia atur gerak aset laut, kerjasama dengan Filipina
Maritim Malaysia menggerakkan aset bagi menangani jenayah rentas sempadan dengan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina bagi memperkukuh kawalan.
Masjid Istiqlal santuni ribuan jemaah semasa iftar
Masjid Istiqlal menyantuni ribuan jemaah setiap hari dalam majlis berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.
Presiden Brazil kunjungi Vietnam minggu depan
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula Da Silva dilaporkan akan melakukan kunjungan rasmi ke Vietnam minggu depan, membawa bersama beberapa delegasi perniagaan.
PM Thailand arah tindakan tangani jerebu teruk di Chiang Mai
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra menggesa semua agensi berkaitan untuk segera meningkatkan langkah-langkah bag menangani masalah jerebu teruk yang mencemari udara di Chiang Mai.
Kira-kira 100,000 mangsa masih terperangkap di sempadan Thailand-Myanmar
Kira-kira 100,000 mangsa sindiket penipuan masih terperangkap di sempadan Thailand-Myanmar.

Saman fitnah: Lokman Adam mohon maaf secara terbuka kepada Rosli Dahlan
Rosli failkan saman berhubung penyiaran video yang mendakwa beliau mengaut keuntungan secara tidak sah daripada wang berkaitan usaha pemulihan aset 1MDB.

Jefri Ngadirin Pengarah MSN baharu bermula 4 April
Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini mengumumkan pelantikan Jefri Ngadirin sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu.

Kontraktor guna gelaran 'Datuk' palsu mengaku tidak bersalah
Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang atas pertuduhan menyerahkan kad perniagaannya tertera gelaran 'Datuk', yang tidak diiktiraf.