SEPANG: Seorang kontraktor pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik terhadap penjawat awam, Februari lepas.
Wong Hon Mun, 40, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.
Tertuduh yang masih bujang didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu teks berserta video berdurasi kurang seminit yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui akaun Twitter miliknya, '@mevius_m_' pada 5.54 petang, 28 Feb 2022.
Hantaran itu kemudian dilihat di Aras 8, Menara MCMC 1, Jalan Impact, Cyber 6, 63000 Cyberjaya pada kira-kira 2.30 petang pada 1 Mac lepas.
Kandungan video berserta teks yang mengandungi kata kesat itu antara lain menyebut 'Doakan kepada tuhan semua anggota polis mati dalam kemalangan jalan raya, semua penjawat awam isteri sedang tunggu bersalin anak semua mati dalam hospital'.
Wong didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Nazrul Nizam Mohd Zameri mencadangkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun Wong yang tidak diwakili peguam memohon agar wang jaminan dikurangkan kerana hanya menerima gaji sekitar RM2,000 sebulan selain tidak bekerja ketika ini.
Mahkamah membenarkan OKS diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Okt ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 19 2022
Wong Hon Mun, 40, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar. -Gambar hiasan
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
Kontraktor pembinaan didakwa buat komunikasi jelik terhadap penjawat awam
Wong Hon Mun, 40, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.