awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontraktor ugut Exco Perak ditahan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
17/12/2019
10:16 MYT
Kontraktor ugut Exco Perak ditahan
Polis menerima aduan mengenai komen daripada netizen yang menggunakan akaun Facebook atas nama lelaki berkenaan terhadap Hasnul. - Gambar hiasan
Polis menahan seorang lelaki pada Isnin yang disyaki membuat komen berbaur ugutan terhadap seorang Exco kerajaan negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, lelaki berusia 62 tahun itu ditahan di Ipoh kira-kira jam 6.30 petang.
Menurutnya, kira-kira 2.27 petang Sabtu lalu, polis menerima satu aduan daripada seorang lelaki menyatakan telah terbaca komen daripada netizen yang menggunakan akaun Facebook atas nama lelaki berkenaan terhadap Hasnul.
“Berdasarkan kepada aduan ini pihak polis telah menjalankan siasatan dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan / 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mohd Marzukhi berkata, bertindak berdasarkan maklumat, polis telah berjaya menangkap suspek yang disyaki melakukan ugutan tersebut.
Menurutnya, polis juga merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk memuat naik komen ugutan terhadap Hasnul di laman Facebook.
Katanya, suspek telah dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak untuk siasatan lanjut bersama barang-barang rampasan.
“Siasatan lanjut telah dijalankan oleh pihak polis dan tangkapan ditahan reman selama tiga hari mulai hari ini sehingga Khamis ini,” ujarnya.
Menurutnya, semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai kesalahan lampau di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#exco kerajaan negeri
#exco Perak
#Hasnul Zulkarnain Abd Munaim
#komen berbaur ugutan
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan