awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontroversi KPPA: PM arah KSN tubuhkan jawatankuasa khas untuk siasat

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
06/08/2022
05:50 MYT
Kontroversi KPPA: PM arah KSN tubuhkan jawatankuasa khas untuk siasat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) ketika hadir pada Majlis Perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di MAEPS hari ini. - Foto BERNAMA
SERDANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat ‘perbalahan’ Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dengan seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) baru-baru ini.
Menurutnya, beliau sudah meminta Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali untuk menentukan pemilihan ahli jawatankuasa itu nanti.
"Kita minta supaya KSN melihat perkara ini dan menubuhkan jawatankuasa di peringkat dalaman untuk menyiasat perkara ini. Kita kena berlaku adil kepada semua pihak…yang mengadu, yang diadu.
"Kita serahkan kepada satu jawatankuasa, akan ditentukan oleh KSN, siapa pengerusi dan sebagainya untuk membuat siasatan secara dalaman.
"Jadi ahli jawatankuasa itu mungkin daripada luar. Ada yang mencadangkan Peguam Negara sebagai pengerusi tapi itu saya serahkan kepada KSN," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, pada Sabtu.
Pada masa sama, Ismail Sabri berharap jawatankuasa itu dapat ditubuhkan secepat mungkin untuk menyiasat sebaiknya insiden berkenaan.
"Kita serah kepada jawatankuasa, mereka siasat. Bukan susah sangat sebab saya lihat ada video. Mereka perlu memanggil saksi, kedua-dua belah pihak dan mereka akan buat keputusan.
"Kita bincang, tak mahu timbul ada perpecahan dalam kakitangan kerajaan. Suasana harmoni dalam kerajaan perlu dikekalkan," ujarnya.
Beberapa media sebelum ini melaporkan tular dakwaan Mohd Shafiq menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kakitangan JIM dalam kejadian yang berlaku antara 8.40 hingga 9.40 pagi di KLIA.
Begitupun, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan tuduhan Ketua Pengarahnya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai JIM yang bertugas di KLIA.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada awal pagi Khamis, JPA menjelaskan Mohd Shafiq telah membuat teguran terhadap imigresen khususnya Ketua Penolong Penguasa Imigresen, James Lee berhubung ketidakpatuhan amalan dan prosedur.
Topic Berkaitan
#Mohd Shafiq Abdullah
#Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
#ismail sabri yaakob
#jawatankuasa khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan