awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konvensyen Nasional: Himpunan bukti Kerajaan Perpaduan kukuh - PM Anwar

Hilmi Malik
Hilmi Malik
14/05/2023
11:45 MYT
Konvensyen Nasional: Himpunan bukti Kerajaan Perpaduan kukuh - PM Anwar
Anwar turut menyeru semua gabungan parti politik untuk terus menumpukan soal pertumbuhan ekonomi selain mengamalkan tata kelola yang baik. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan menjadi indikator kerajaan ketika ini berada dalam keadaan kukuh dan stabil.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, konvensyen yang menghimpunkan kesemua 19 parti di bawah satu bumbung itu juga mampu bertahan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut menyeru semua gabungan parti politik untuk terus menumpukan soal pertumbuhan ekonomi selain mengamalkan tata kelola yang baik.
"Kita bangga, Alhamdulillah kita dapat tubuh kerajaan dan kerajan tak dijangka. Ada yang kata mungkin bertahan tiga bulan, mungkin sebelum Tahun Baharu Cina, selepas itu sebelum puasa, selepas itu sebelum raya, kemudian sebelum raya haji.
"Alhamdulillah, konvensyen hari ini memberikan signal yang jelas kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa kerajaan ini bukan sahaja stabil, tetapi insyaAllah kekal sehingga PRU akan datang.
"Kekal untuk apa? Untuk pastikan tata kelola mesti baik, hentikan amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan keduanya, pastikan dasar yang boleh memacu pertumbuhan dan membela nasib rakyat negara kita," katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada sesi pimpinan utama Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad.
Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menzahirkan keyakinan sama berhubung tempoh pemerintahan Kerajaan Perpaduan yang dilihat mampu melepasi sehingga PRU16.
Bagaimanapun jelasnya, matlamat itu perlu hadir daripada sokongan kesemua gabungan parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan dalam memikul prinsip dan ideologi yang serupa.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kerajaan Perpaduan
#UMNO
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan