awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konvoi Kembara Kenali Borneo hari ketiga jelajah empat daerah

Bernama
Bernama
05/09/2023
01:10 MYT
Konvoi Kembara Kenali Borneo hari ketiga jelajah empat daerah
Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo. - Facebook Istana Negara
SANDAKAN: Kembara Kenali Borneo hari ini dijadual akan meneruskan perjalanan menelusuri empat daerah iaitu Sandakan, Beluran, Telupid dan Ranau.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama peserta konvoi itu dijangka berangkat dari Sandakan menuju ke Pusat Pemulihan Orang Utan di Sepilok.
Antara tempat persinggahan lain konvoi adalah Institut Perhutanan Sabah di daerah Telupid, Tagal Sungai Moroli di daerah Ranau dan Majlis Santapan Bersama Rakyat pada malam ini di Pentas Budaya, Kundasang.
Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kembara Kenali Borneo
#Lebuhraya Pan Borneo
#Raja Permaisuri Agong
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan