awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konvoi kesihatan bersepadu permudahkan pemindahan pesakit dari Madinah tunaikan ibadah haji

Bernama
Bernama
13/06/2024
22:00 MYT
Konvoi kesihatan bersepadu permudahkan pemindahan pesakit dari Madinah tunaikan ibadah haji
Konvoi pengangkutan kesihatan itu juga terdiri daripada kenderaan penyelenggaraan dan bengkel bergerak, kenderaan oksigen, kenderaan pemantauan dan intervensi pantas. - Foto BERNAMA
MEKAH: Sebuah konvoi pengangkutan kesihatan lengkap dengan kumpulan 24 ambulans telah memindahkan 17 jemaah pelbagai negara dari hospital mereka dirawat di Madinah ke Tapak Suci pada 9 Jun, bagi membolehkan mereka menunaikan haji sambil menerima rawatan.
Menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi yang memetik Kementerian Kesihatan Arab Saudi, keadaan kesihatan jemaah dipantau dan dinilai oleh pasukan perubatan pakar yang mengiringi konvoi itu sehingga tiba di Tapak Suci.
Konvoi itu adalah sebahagian daripada sistem penjagaan kesihatan berintegrasi yang disediakan, merangkumi semua sektor kesihatan di bawah pengawasan dan organisasi Direktorat Kesihatan Am di Madinah.
"Kluster kesihatan di Madinah, dengan kerjasama beberapa sektor kesihatan, menyediakan kumpulan lengkap terdiri daripada 24 ambulans yang dilengkapi dengan bekalan perubatan penuh. Ia juga termasuk pasukan perubatan khusus yang terdiri daripada 106 pengamal (doktor, jururawat dan paramedik) dan enam ambulans ditempatkan sepanjang jalan migrasi antara Madinah dan Mekah.
Selain itu, konvoi berkenaan juga terdiri daripada kenderaan penyelenggaraan dan bengkel bergerak, kenderaan oksigen, kenderaan pemantauan dan intervensi pantas, menurut laporan itu.
Laporan itu juga menekankan bahawa ini adalah kali pertama Bulan Sabit Merah Saudi, Hospital Pakar Raja Faisal di Madinah, Hospital Putera Mohammed bin Abdulaziz untuk Pengawal Nasional, dan Hospital Putera Sultan untuk Angkatan Bersenjata, bersama beberapa kemudahan kesihatan swasta bekerjasama dalam menyediakan konvoi ini.
Setiap tahun, Kementerian Kesihatan berhasrat untuk memindahkan jemaah yang sakit dari hospital di Madinah ke Tapak Suci, membolehkan mereka menyelesaikan ibadah haji dalam keadaan sihat dan selamat.
Sementara itu, laporan tersebut menyatakan bahawa beberapa jemaah dan pengiring mereka mengucapkan terima kasih dan penghargaan mereka kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, dan Putera Mahkota atas kemudahan haji dan tahap penjagaan kesihatan yang disediakan kepada mereka di Madinah sejak ketibaan mereka sehingga berangkat ke Mekah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jemaah haji
#Arab Saudi
#kesihatan
#konvoi pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan