awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konvoi motosikal dirempuh treler, seorang maut, enam cedera parah

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
25/11/2018
04:24 MYT
Konvoi motosikal dirempuh treler, seorang maut, enam cedera parah
Selepas dirempuh treler, salah seorang mangsa konvoi motosikal terpelanting dan digilis kenderaan lain yang datang dari arah sama. Foto JBPM Selangor
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala enam lagi cedera parah apabila motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh treler dekat KM405 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Lembah Beringin dekat sini hari ini.
Dalam kejadian sekitar 10.30 pagi itu, sekumpulan motosikal yang sedang berkonvoi dari arah selatan menuju utara, dipercayai berada di laluan paling kiri, dirempuh treler dari arah belakang.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Yusuf Ali berkata selepas dirempuh treler, salah seorang mangsa kemudian terpelanting dan digilis kenderaan lain yang datang dari arah sama.
“Mangsa disahkan maut di tempat kejadian.
Mangsa dihantar ke Hospital Buloh untuk tindakan selanjutnya. Foto JBPM Selangor
Mangsa dihantar ke Hospital Buloh untuk tindakan selanjutnya. Foto JBPM Selangor
“Mangsa terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita, dihantar ke Hospital Buloh untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Pihak bomba yang menerima panggilan sekitar 10.33 pagi itu, tiba di lokasi kejadian 11.07 pagi.
Kemalangan menyebabkan kesesakan lebih lima kilometer dari susur keluar Lembah Beringin menuju utara. Foto JBPM Selangor
Kemalangan menyebabkan kesesakan lebih lima kilometer dari susur keluar Lembah Beringin menuju utara. Foto JBPM Selangor
Kata Yusuf, 13 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Kuala Kubu Bharu dan Tanjung Malim dikerah ke tempat kejadian dan kerja-kerja merawat mangsa giat dijalankan.
Kemalangan tersebut turut menyebabkan kesesakan lebih lima kilometer dari susur keluar Lembah Beringin menuju utara.
Pegawai bomba dan penyelamat menjalankan tugas menyelamatkan mangsa yang terlibat. Foto JBPM Selangor
Pegawai bomba dan penyelamat menjalankan tugas menyelamatkan mangsa yang terlibat. Foto JBPM Selangor
Topic Berkaitan
#kemalangan
#konvoi
#Kuala Kubu Bharu
#Lembah Beringin
#maut
#motosikal
#PLUS
#treler
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan