Konvokesyen ke-65: UM bakal raikan 11,356 graduan, rekod tertinggi sejak penubuhan

UM memaklumkan pembukaan sidang pertama istiadat konvokesyen berkenaan akan disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selaku Canselor Universiti Malaya pada Sabtu ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) bakal melakar sejarah apabila meraikan sebanyak 11,356 graduan pada Istiadat Konvokesyen ke-65 dari 29 Nov hingga 10 Dis, sekali gus mencatatkan jumlah graduan tertinggi dalam tempoh 120 tahun penubuhan universiti itu.
Ringkasan AI
- Universiti Malaya bakal meraikan 11,356 graduan dalam Istiadat Konvokesyen ke-65, jumlah tertinggi sejak universiti ditubuhkan 120 tahun lalu.
- Sultan Perak akan membuka sidang pertama konvokesyen Sabtu ini; Tun Tengku Maimun Tuan Mat akan terima Ijazah Kehormat.
- Gelaran Profesor Emeritus akan dianugerahkan kepada tokoh terkenal dalam bidang klinikal, sains, dan bukan sains, termasuk Datuk Prof Dr Mohd Zambri Zainuddin dan Datuk Prof Dr Ahmad Hidayat Buang.
"Selain itu, Universiti Malaya juga akan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada beberapa nama besar dalam bidang klinikal, bidang sains dan bidang bukan sains," menurut kenyataan itu.
Antara penerima dalam bidang klinikal dan sains ialah Prof Dr Khoo Ee Ming (Perubatan Keluarga), Prof Dr Phrabhakaran Nambiar (Odontologi Forensik dan Radiologi Mulut & Maksilofasial), Datuk Prof Dr Rohana Yusof (Virologi) serta Datuk Prof Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud (Epidemiologi dan Informatik Kesihatan).
Dalam bidang bukan sains, gelaran Profesor Emeritus akan dikurniakan kepada Datuk Prof Dr Mohd Zambri Zainuddin (Astronomi dan Astronomi Islam) dan Datuk Prof Dr Ahmad Hidayat Buang (Undang-Undang Islam Kontemporari).
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


