awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
OIC akan adakan mesyuarat luar biasa mengenai Somalia pada Sabtu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koperal dipercayai bunuh diri ada kebenaran simpan pistol - KP Seremban

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
26/03/2021
14:25 MYT
Koperal dipercayai bunuh diri ada kebenaran simpan pistol - KP Seremban
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Ibrahim, anggota berusia 35 tahun itu juga bertugas pada hari sama sewaktu kejadian berlaku iaitu Khamis petang (25 Mac). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Anggota polis berpangkat koperal yang ditemui mati di dalam kereta bersama anaknya di Jalan Widuri 1, Taman Sentosa Jaya, mempunyai kebenaran untuk menyimpan senjata pistol.
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Ibrahim, anggota berusia 35 tahun itu juga bertugas pada hari sama sewaktu kejadian berlaku iaitu Khamis petang (25 Mac).
“Ya, sejak dia berpangkat detektif, dia telah diberi kebenaran untuk menyimpan senjata itu selama 24 jam. Saya sendiri yang memberi izin untuk dia menyimpannya atas tujuan kerja.
BACA: Koperal, anak 7 tahun ditemui mati dipercayai bunuh diri
“Dakwaan bahawa dia telah mengambil senjata dari pusat simpanan senjata tanpa kebenaran adalah tidak benar,” jelasnya ketika dihubungi The Star.
ACP Mohd Said turut menambah bahawa si mati tidak perlu mengembalikan pistolnya ke pusat simpanan senjata setelah selesai bertugas pada hari itu.
"Ada dua jenis detektif, satu kumpulan diminta untuk mengembalikan senjata mereka setelah menyelesaikan tugas mereka untuk hari itu, sementara yang lain dibenarkan untuk menyimpannya," katanya.
Proses bedah siasat yang dilakukan terhadap mayat mangsa mendedahkan kedua-duanya meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala.
Mayat Koperal J Rajkumar dan anaknya R Jevesh Kumar, 7 ditemui oleh orang ramai di sebuah kereta di jalan raya di Taman Sentosa Jaya sekitar jam 6.40 petang pada Khamis.
Mohd Said berkata pihaknya masih menyiasat apa yang mencetuskan kejadian itu dan akan melihat dari semua sudut serta cuba menyelesaikan siasatan secepat mungkin.
Kedua-dua mangsa akan disemadikan pada Sabtu (27 Mac).
Befrienders
Befrienders
Topic Berkaitan
#koperal polis
#bunuh diri
#J Rajkumar
#R Jevesh Kumar
#pistol
#Polis Daerah Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan