awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koperal mengaku tidak bersalah curi enjin RXZ di balai polis

Sinar Harian
Sinar Harian
27/10/2024
06:39 MYT
Koperal mengaku tidak bersalah curi enjin RXZ di balai polis
Faris Zahim Farizan, 32, membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen Kemaman.
KEMAMAN: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas pertuduhan mencuri enjin motosikal jenis Yamaha RXZ pada Julai lepas.
Faris Zahim Farizan, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.
Dia yang bertugas di Balai Polis Chukai didakwa telah mencuri enjin motosikal milik seorang wanita di tepi bangunan pejabat pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman kira-kira antara jam 12.45 tengah malam hingga 1.15 pagi pada 20 Julai lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara antara satu hingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwaan Polis, Muhammad Afif Mohd Amir, manakala Faris Zahim diwakili peguam Masliela Ismail.
Sementara itu, Masliela merayu supaya jaminan tersebut dikurangkan atas alasan anak guamnya yang telah berkahwin itu mempunyai tanggungan keluarga serta mempunyai pendapatan rendah.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM800 dengan seorang penjamin.
Wan Suhaila menetapkan 27 November depan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kemaman. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#RXZ
#anggota polis
#curi motosikal
#IPD Kemaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan