awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koperasi buat iklan pelaburan perlu dapat kelulusan SKM - Ewon

Bernama
Bernama
13/06/2025
11:00 MYT
Koperasi buat iklan pelaburan perlu dapat kelulusan SKM - Ewon
Ewon Benedick berkata langkah itu penting bagi mengelakkan kekeliruan dan menghindari daripada menjadi mangsa penipuan pelaburan yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa. - Bernama
PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengingatkan orang ramai supaya membuat semakan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebelum menyertai sebarang pelaburan yang diiklankan atas nama koperasi.
Beliau berkata langkah itu penting bagi mengelakkan kekeliruan dan menghindari daripada menjadi mangsa penipuan pelaburan yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.
"Saya ingin memberi peringatan kepada rakyat Malaysia supaya merujuk terlebih dahulu kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi atau SKM sekiranya ada iklan-iklan pelaburan oleh mana-mana koperasi.
"Ini kerana di bawah undang-undang SKM, mana-mana koperasi yang mengiklankan pelaburan mereka harus mendapat kelulusan daripada SKM terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan selepas merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Penampang 2025 di sini hari ini.
Beliau turut menggesa orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan iklan-iklan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan, terutamanya yang dipaparkan di media sosial tanpa rujukan sah.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menghubungi pejabat SKM yang terdapat di setiap negeri dan daerah untuk mendapatkan maklumat sahih.
Beliau menegaskan mana-mana koperasi yang berdaftar tetapi didapati membuat pelaburan yang tidak diluluskan akan diambil tindakan tegas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suruhanjaya koperasi
#SKM
#pelaburan
#koperasi
#Ewon Benedick
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan