awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koperasi Tentera tawar pinjaman peribadi kepada orang awam

Bernama
Bernama
03/08/2023
20:30 MYT
Koperasi Tentera tawar pinjaman peribadi kepada orang awam
Roba'i Rahmat berkata sebelum ini kemudahan itu diberikan hanya kepada anggota tentera dan kakitangan kerajaan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertahanan. - Foto Koperasi Tentera
KOTA BHARU: Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) akan menawarkan pinjaman peribadi kepada orang awam bermula hujung tahun ini.
Pengerusi Koperasi Tentera Briged Jeneral Roba'i Rahmat berkata sebelum ini kemudahan itu diberikan hanya kepada anggota tentera dan kakitangan kerajaan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertahanan.
"Buat masa sekarang kita tengah merancang dan merangka sistem untuk memberi pinjaman ini kepada orang awam. Bagaimanapun, dari segi jumlah dan tempoh pinjaman itu masih dalam peringkat perbincangan," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Koperasi Tentera Cawangan Kota Bharu dan Pembukaan Ar-RahnuKT di H Elite Design Hotel di sini pada Khamis yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera Mohd Ghazali Abbas.
Mengulas mengenai majlis hari ini, Roba'i berkata cawangan berkenaan yang beroperasi hampir sebulan lepas telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM1.4 juta, manakala pembiayaan Ar-RahnuKT pula berjumlah RM113,000.
Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan koperasi berjumlah keseluruhan RM5,000 kepada lima masjid iaitu Masjid Jamek An-Nur Kem Desa Pahlawan, Masjid Ar-Raudhah Pengkalan Udara Gong Kedak, Masjid As-Solihin Kem Pengkalan Chepa, Masjid Mukim Tunjong dan Masjid Mukim Lundang Paku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#meluluskan pembiayaan
#sumbangan koperasi
#kakitangan kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan