awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut besar di Sepanyol dan Portugal
Penyelam teknikal masuki feri karam di selatan Filipina, angka kematian meningkat kepada 45
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: Malaysia kekalkan 14 hari tempoh inkubasi

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
11/02/2020
12:43 MYT
Koronavirus: Malaysia kekalkan 14 hari tempoh inkubasi
Pakar-pakar dari KKM berpendapat ia akan membawa pelbagai implikasi pelbagai, dan hampir semua mengatakan ia satu perkara sukar untuk kita terima pada ketika ini. - Gambar fail
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak akan memanjangkan tempoh inkubasi atau kuarantin kepada 24 hari ekoran dapatan terbaru pakar penyelidikan di China mengenai virus novel koronavirus (2019-nCoV).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menjelaskan buat masa ini pihaknya kekal dengan pendirian tempoh inkubasi selama 14 hari.
Namun beliau menjelaskan, ketetapan itu tetap bergantung kepada perkembangan semasa serta pengesahan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta penyelidik tempatan.
"Pihak kementerian juga mendapat maklumat daripada pakar kami untuk menetapkan 24 hari sebagai tempoh inkubasi.
BACA: Koronavirus: Malaysia dan Singapura tubuh jawatankuasa kerja bersama
"Pakar-pakar kami berpendapat ia akan membawa pelbagai implikasi, dan hampir semua mengatakan ia satu perkara sukar untuk kita terima pada ketika ini," katanya pada sidang media harian perkembangan terkini jangkitan novel koronavirus.
Dr Dzulkefly menjelaskan demikian ketika ditanya mengenai dapatan terbaru penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit 2019-nCoV di China yang mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah sehingga 24 hari.
Beliau juga memaklumkan pelbagai penyelidikan mengenai virus itu sedang dilakukan dan hasilnya akan dibentangkan kemudian.
Sehingga kini tiada kes baru dilaporkan dan kes positif 2019-nCoV yang direkodkan di negara ini kekal 18.
Topic Berkaitan
#2019-nCoV
#Dr Dzulkefly Ahmad
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#KKM
#novel koronavirus
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan