awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: Sabah perluas sekatan perjalanan berkuat kuasa hari ini

Bernama
Bernama
07/02/2020
23:29 MYT
Koronavirus: Sabah perluas sekatan perjalanan berkuat kuasa hari ini
Sekatan perjalanan berkenaan adalah perintah larangan sementara oleh kerajaan negeri berikutan penularan koronavirus pada masa ini. - Gambar fail
Kerajaan Sabah memperluaskan sekatan perjalanan ke semua pintu masuk melalui udara, laut atau darat, berkuat kuasa serta-merta mulai hari ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong berkata langkah berkenaan bagi mengekang penyebaran novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) walaupun Sabah kini bebas dari mana-mana individu yang diuji positif terhadap virus itu.
Beliau berkata sekatan perjalanan itu akan melibatkan semua warga asing serta warganegara Malaysia (bukan pemastautin Sabah) dengan sejarah perjalanan baru-baru ini ke tanah besar China dalam tempoh 14 hari yang lepas, yang tidak akan dibenarkan masuk ke negeri ini.
"Mana-mana rakyat Sabah, pemastautin tetap Sabah dan penduduk Sabah dengan pas kerja, pas pelajar, pas lawatan sosial jangka panjang atau apa-apa perintah pengecualian, pulang dari tanah besar China adalah tertakluk kepada kuarantin rumah selama 14 hari," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
BACA: 117 penerbangan terlibat Sabah gantung sementara penerbangan dari China
BACA: Sabah teliti keperluan bekalkan alat pencegahan kepada petugas di pintu masuk negeri
BACA: Penghantaran pulang pelancong China yang terkandas di Sabah dibincang dalam mesyuarat khas
Safar berkata sekatan perjalanan itu juga dikenakan kepada semua penumpang transit yang berasal dari atau melancong melalui tanah besar China kerana mereka tidak dibenarkan masuk ke Sabah.
"Rakyat China yang masih di Sabah dinasihatkan supaya pulang sebelum tamat visa mereka. Sekiranya visa tamat tempoh, hanya satu pelanjutan visa, hingga maksimum tujuh hari, boleh diberikan," katanya.
Sekatan perjalanan berkenaan adalah perintah larangan sementara oleh kerajaan negeri berikutan penularan koronavirus pada masa ini, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#2019-nCoV
#China
#koronavirus baharu
#koronavirus novel
#novel coronavirus
#pemastautin tetap Sabah
#penumpang
#pintu masuk
#rakyat Sabah
#Sabah
#Safar Untong
#sekatan perjalanan
#transit
#Visa
#warga asing
#warganegara Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan