awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kos dialisis Perkeso dijangka meningkat lebih RM500 juta dalam tempoh 10 tahun

Bernama
Bernama
06/07/2023
11:35 MYT
Kos dialisis Perkeso dijangka meningkat lebih RM500 juta dalam tempoh 10 tahun
Sivakumar berkata perkhidmatan rawatan dialisis Perkeso yang dimulakan pada 1999 melibatkan kos berjumlah RM1.12 juta telah meningkat kepada RM334.67 juta pada tahun lalu. - Gambar fail/Bernama
KLANG: Kos rawatan dialisis bagi Orang Berinsurans Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dijangka meningkat lebih RM500 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.
Sivakumar berkata berdasarkan rekod pihaknya, didapati perkhidmatan rawatan dialisis Perkeso yang dimulakan pada 1999 melibatkan kos berjumlah RM1.12 juta telah meningkat kepada RM334.67 juta pada tahun lalu.
"Untuk tahun ini, sehingga Mei 2023 saya dimaklumkan Perkeso mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM145.3 juta untuk membiayai kemudahan rawatan dialisis dan kos ini dijangka terus meningkat.
"Ini kerana Perkeso menerima antara 2,000 hingga 3,000 permohonan baharu untuk kemudahan dialisis setiap tahun di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pejabat Perkeso Klang dan Pusat Dialisis Perkeso cawangan Klang di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Sivakumar berkata pihaknya bercadang mewujudkan lebih banyak cawangan Pusat Dialisis Perkeso termasuk di Seberang Jaya, Pulau Pinang; Kuantan, Pahang; Terengganu; Kuala Lumpur; Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan kemampanan dana keselamatan sosial pihaknya.
"Dengan adanya pusat dialisis sendiri, Perkeso dapat mengurangkan perbelanjaan untuk kemudahan dialisis yang meningkat saban tahun. Malah, ia juga meringankan beban pesakit kerana pusat ini bukan bermatlamat menjana keuntungan.
Pada masa yang sama, Sivakumar turut berharap Orang Berinsurans melakukan program saringan kesihatan percuma yang ditawarkan Perkeso bagi pencarum yang berusia 40 hingga 59 tahun dan sehingga kini Perkeso merekodkan sekitar 9.2 juta pencarum seluruh negara.
"Berdasarkan analisis program terhadap 27,152 orang tahun lalu, mendapati 42 peratus pekerja mengalami obesiti, kencing manis (14.1 peratus), darah tinggi (27.9 peratus) dan kolestrol tinggi (61.2 peratus).
Justeru kita menyeru pencarum untuk pergi mendapatkan saringan tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkeso
#V Sivakumar
#dialisis
#saringan kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan