awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kos haji: Kerajaan akan bincang dengan pengendali hotel di Makkah, Madinah

Bernama
Bernama
26/01/2023
09:30 MYT
Kos haji: Kerajaan akan bincang dengan pengendali hotel di Makkah,  Madinah
Kos menunaikan haji secara muassasah tahun ini dijangka meningkat kepada lebih RM31,000, peningkatan kira-kira RM2,368 berbanding RM28,632 kos sebenar setiap jemaah pada musim lepas. - Gambar/ AP
PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia dan Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengadakan perbincangan dengan pengendali hotel di Makkah dan Madinah dalam masa terdekat berhubung kadar bilik penginapan dalam usaha mengawal atau mengurangkan kos menunaikan ibadah haji tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kenaikan kadar hotel di Makkah dan Madinah adalah di luar kawalan kerajaan Arab Saudi dan perkara berkenaan dimaklumkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Tawfiq Fawzan Al-Rabia kepadanya baru-baru ini.
"Beliau (Tawfiq Fawzan) berkata itu (kadar hotel) di luar kawalan beliau, dan (kita) kena tanya kepada pemilik-pemilik hotel di sana," katanya kepada media selepas Pengumuman Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 2022, di sini hari ini.
Pada 16 Jan lepas, media melaporkan kos menunaikan haji secara muassasah tahun ini dijangka meningkat kepada lebih RM31,000, peningkatan kira-kira RM2,368 berbanding RM28,632 kos sebenar setiap jemaah pada musim lepas.
Ditanya kenaikan kos umrah sehingga RM10,000 ketika ini berbanding kira-kira RM7,000 sebelum ini, Mohd Na'im berkata perkara itu berkemungkinan turut disumbangkan oleh kenaikan kadar hotel di Arab Saudi.
Sehubungan itu, beliau menyarankan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), yang terlibat dalam kawal selia umrah, untuk mengadakan perbincangan dengan pengendali hotel di Arab Saudi berkenaan kadar penginapan di sana.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kos haji
#Makkah
#Madinah
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan