SHAH ALAM: Individu bujang dan berkeluarga memperuntukkan antara RM200 hingga RM2,500 sebulan untuk perbelanjaan makan di restoran dengan mengambil kira kenaikan harga barang basah ketika ini.
Berdasarkan tinjauan Sinar Harian, mereka berpendapat jumlah wang yang dikeluarkan untuk makan di kedai adalah tidak jauh berbeza berbanding kos memasak di rumah.
Bagi individu bujang yang bekerja di sektor swasta, Muhamad Amirul Adha Sabri, 24, berkata, dia yang tinggal sendirian di Shah Alam berbelanja sehingga RM420 sebulan untuk makan di luar.
“Saya hadkan sehari tak lebih RM15 untuk beli nasi dan lauk. Jadi belanja sebulan dalam RM420.
“Kosnya lebih kurang sama saja kalau beli ayam, telur, minyak atau beras dan lain-lain untuk masak di rumah," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Seorang pekerja swasta, Salsabila Syarulnizam, 24, berkata, dia pula berbelanja antara RM200 hingga RM450 sebulan bagi tujuan sama.
Jelasnya, perbelanjaan bertambah pada hari bekerja untuk membeli sarapan dan makan malam selain membuat pesanan makanan secara dalam talian ketika cuti hujung minggu.
Sementara itu, seorang suri rumah, Nurmizan Afiffah Mohamad Amin, 29, berkata, dia bersama suami dan seorang anak memilih untuk makan di kedai pada setiap hari dengan anggaran perbelanjaan RM700 sebulan.
“Selalunya pada hari bekerja, kami pergi kedai yang dekat sahaja selepas waktu Maghrib supaya boleh balik awal dan suami tidak terlalu letih lepas kerja.
“Pada hujung minggu pula, baru kami makan di restoran yang jauh sikit dari rumah,” ujarnya.
Menurut seorang pekerja swasta juga ibu kepada dua orang anak, A’ina Mardhiyah Mohammad, 31, keluarganya akan makan di kedai atau bungkus lauk pada setiap hari dengan purata belanja RM 1,500 sebulan.
“Kalau di Johor Bahru, beli sarapan RM10 untuk nasi lemak dan kuih. Makan tengah hari dalam RM20 di kedai dekat dengan pejabat sebab sini kawasan tumpuan warga Singapura.
“Sebab tak ada masa untuk memasak, saya rasa lebih mudah bungkus lauk,” ulasnya yang mempunyai dua anak berumur empat dan satu tahun.
Seorang pesara kerajaan, Kamariah Abdul Manap, 59, memberitahu, makan di kedai adalah lebih menguntungkan dengan berbagai pilihan menu.
"Saya tinggal bersama suami, dua anak, menantu dan seorang cucu. Jadi masing-masing ada cita rasa berbeza.
“Perbelanjaan secara kasar makan di kedai untuk sebulan dalam RM2,200 tapi bukan setiap hari kerana saya akan masak pada hujung minggu,” jelasnya.
Bagi seorang guru sekolah rendah, Rosmaya Abdullah, 56, dia memilih untuk membeli lauk di kantin sekolah kerana jadual kerja tidak menentu
“Jadi saya akan bawa pulang lauk-pauk dan hanya masak nasi di rumah. Sebulan belanja dalam RM2,500 untuk lapan ahli keluarga” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 24 2023

Gambar hiasan. Gambar kecil: Salsabila, Muhamad Amirul Adha, A'ina Mardhiyah, Nurmizan Afiffah, Rosmaya. - Foto Sinar Harian
Ahli Parlimen Pendang dakwa diugut Bukit Gantang
Awang memaklumkan beliau menerima panggilan telefon dua malam lalu daripada Syed Abu Hussin.
Polis sahkah Abdul Wahab buat laporan polis
Polis mengesahkan Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Abdul Wahab Abdul Kadir Jailani membuat laporan polis hari ini berhubung rakaman video perbualan individu mirip bekas Ketua Pengarah J-KOM Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dan seorang kakitangan agensi itu.
12,569 kes dan 581 kematian akibat jangkitan mpox di Congo
WHO melaporkan 12,569 kes mpox dan 581 kematian berkaitan di Republik Demokratik Congo setakat 12 November tahun ini.
Lagi dua kes baharu jangkitan cacar monyet dikesan
KKM merekodkan dua kes baharu jangkitan mpox atau cacar monyet, membabitkan dua lelaki warga tempatan.
AWANI Boreno [30/11/2023] – 'Sabah teguh rakyat terbela' | Lupakan perbezaan politik | Muzium budaya Borneo
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 30 November 2023
Belanjawan Sabah 2024 dilulus.
Pemimpin politik Sabah diminta bersatu tuntut hak negeri.
41 Warisan Borneo 'pulang' ke Sarawak.
#AWANInews #MalaysiaBangkit
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANIBorneo 30 November 2023
Belanjawan Sabah 2024 dilulus.
Pemimpin politik Sabah diminta bersatu tuntut hak negeri.
41 Warisan Borneo 'pulang' ke Sarawak.
#AWANInews #MalaysiaBangkit
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com

Laporan polis Wahab dedah identiti Mr H
Laporan yang dibuat oleh Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani adalah untuk mendedahkan identiti Mr H.
Tun Juhar terima kunjungan hirmat Tun Ali Rustam
Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam di Istana Seri Kinabalu
41 warisan Borneo 'pulang' ke Sarawak
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Pelancongan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata antara 41 barangan bersejarah berasal daripada pulau terbesar di Asia itu.
Petrosniaga jamin tiada caj tambahan tukar silinder LPG
Petrosniaga dalam kenyataannya berkata syarikat itu bekerjasama rapat dengan kementerian utiliti dan telekomunikasi sarawak untuk memastikan tiada caj tambahan apabila pelanggan menukar silinder lpg lain kepada silinder LPG Petros atau gas Petronas selain kos pengisian semula.
Sarawak tawar banyak kelebihan kepada syarikat asing
Sarawak menawarkan banyak peluang dalam perniagaan, perdagangan dan riadah. Kami kini mempromosikan ekonomi digital dan hijau, memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui dan penyelesaian penyahkarbonan

Kos makan luar antara RM200 hingga RM2,500 sebulan
Mereka berpendapat jumlah wang yang dikeluarkan untuk makan di kedai adalah tidak jauh berbeza berbanding kos memasak di rumah.