awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kos pengambilan pekerja domestik Indonesia dikaji semula - Sivakumar

Bernama
Bernama
20/02/2023
15:15 MYT
Kos pengambilan pekerja domestik Indonesia dikaji semula - Sivakumar
Sivakumar berkata pengurangan kos pengambilan PDI itu akan dibincang dalam Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama Kali Ketiga yang berlangsung selama dua hari di Yogjakarta bermula Rabu. - Gambar fail
JAKARTA: Malaysia dan Indonesia akan mengkaji semula kos pengambilan pekerja domestik Indonesia (PDI) dan menetapkan kadar yang lebih munasabah, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.
Beliau berkata pengurangan kos pengambilan PDI itu akan dibincang dalam Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama Kali Ketiga yang berlangsung selama dua hari di Yogjakarta bermula Rabu.
"Pada masa ini, kita merasakan bahawa yuran (kos) yang terlibat dan ditanggung majikan agak tinggi berbanding negara lain yang menetapkan harga pada tahap minimum. Kita nak lihat sama ada kita boleh mencari jalan penyelesaian dan kalau jumlah itu dapat dikurangkan," katanya.
Sivakumar berharap kos dapat dikurangkan di bawah RM9,000 berbanding jumlah yang ditetapkan dalam mesyuarat terakhir pada November 2022 sebanyak RM12,000, termasuk kos kuarantin RM3,000.
"Kos sifar memang tak mungkin sebab memang ada kos termasuk di Malaysia tetapi kita perlu lihat apakah mekanisme terbaik untuk mengurangkan kos," katanya.
Topic Berkaitan
#pembantu rumah
#pekerja domestik
#Indonesia
#kos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan