KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menjelaskan kos projek jeti sepanjang 15 meter dan lebar semeter di Kampung Mutap, Bekenu bernilai RM50,000 adalah kerana menggunakan kayu belian.
Justifikasi projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) itu susulan tular di media sosial apabila orang ramai mempersoalkan hasil projek dengan kos yang diperuntukkan.
“Tular kenyataan projek yang telah siap itu tidak wajar dengan kos bajet RM50,000.00. Anggaran kos kami adalah berdasarkan Jadual Kadar (SOR) JKR Sarawak tahun 2020 dengan kadar RM9,000.00 semeter kiub bagi kayu belian yang lebih rendah daripada harga pasaran semasa.
“Kami juga mengambil kira keadaan laluan jalan (jalan ladang) ke Kampung Mutap, logistik dan keselamatan (kawasan yang dipenuhi buaya).
“Dalam bajet RM50,000.00, kami berjaya mereka bentuk jeti sehingga 15m panjang dengan dua anak tangga,” jelas kenyataannya yang dikeluarkan pada Ahad.
Terdahulu JKR Sarawak telah menyerahkan projek yang siap pada 6 April itu kepada ketua kampung yang telah dimaklumkan dan bersetuju dengan reka bentuk serta bahan binaan jeti tersebut.
“Reka bentuk yang diminta oleh Ketua Kampung sewaktu perbincangan ketika lawatan tapak adalah jeti sepanjang 30m dan dilengkapi dengan pondok kayu.
BACA: Bernilai RM50,000? Jambatan kayu kecil ini undang pelbagai reaksi dari netizen
“Pegawai kami memaklumkan bahawa permintaan itu tidak dapat dilakukan atas faktor bajet yang terhad (RM50,000.00), lalu ketua kampung bersetuju dengan cadangan mengikut bajet yang diperuntukkan,” katanya.
Tambahnya, ketua kampung memutuskan akan meminta satu lagi dana daripada ahli dewan undangan negeri (ADUN) iaitu Datuk Rosey Yunus untuk melaksanakan fasa kedua jeti tersebut.
Sebelum ini Rosey turut meminta penjelasan pihak JKR untuk siasatan cemuhan orang awam terhadap jeti baharu yang tidak setimpal dengan harganya.
Fadilah Sulaiman
Sun Apr 10 2022
JKR Sarawak menjelaskan kos projek jeti di Kampung Mutap, Bekenu bernilai RM50,000 adalah kerana menggunakan kayu belian. - Foto Facebook/Corporate Communication JKR Sarawak
AWANI Ringkas: Kadar kemiskinan masih di tahap tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tawarkan gaji pemain bola yang realistik, elak pembaziran - Pakar
Secara umumnya, industri sukan perlu dikawal selia terutama dari segi sistem pengurusan kewangan kerana pada ketika ini, Malaysia jauh ketinggalan.
Mahkamah benar Muhyiddin dapat sementara pasport lawat kakak di Australia
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan beliau melawat kakaknya yang menghidap kanser di Australia.
LHDN wujud 'Peranan Peguam' di portal MyTax
Ciri itu diwujudkan selaras dengan Seksyen 57A(3) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT) 1976.
Umat Islam warga Astro adakan bacaan Yassin buat Faisal Halim
Hampir 100 kakitangan Astro menyertai bacaan Yassin buat kesembuhan tonggak Harimau Malaya Faisal Halim pada Rabu.
Selangor lancar kempen 'Stand With Faisal Halim
Selangor melancarkan kempen solidariti 'Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!' berikutan pemain mereka, Faisal Halim, dianiayai apabila disimbah asid di sebuah pusat beli-belah, Ahad lalu.
Perkembangan hari keempat insiden melibatkan Faisal Halim
Hari keempat, insiden melibatkan Faisal Halim masih menjadi tumpuan hari ini.
Beliau kini masih dirawat di hospital dan dikhabarkan keadaan beliau semakin baik.
Ridauddin Daud ada perkembangan semasa berhubung kes IMO.
Beliau kini masih dirawat di hospital dan dikhabarkan keadaan beliau semakin baik.
Ridauddin Daud ada perkembangan semasa berhubung kes IMO.
OpenAI lancar alat kesan imej dijana DALL.E dengan ketepatan 98.8%
Ia walau bagaimanapun tidak boleh digunakan untuk mengesan imej yang dijana oleh Midjourney atau Stability.
Pasaran saham Malaysia kini terbaik di Asia Tenggara - MIDF Research
Bursa Malaysia merupakan pasaran saham terbaik di ASEAN ketika ini berdasarkan FBM KLCI yang meningkat 10.4% dari awal tahun hingga tarikh semasa (YTD).
Israel musnahkan lintasan Rafah, jejaskan 1.5 juta penduduk Gaza
Rejim Zionis Israel kini sudah mula memusnahkan lintasan Rafah seterusnya menjejaskan kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza yang berlindung di kawasan terbabit.
SPRM sahkan tiada unsur rasuah dalam projek jeti kayu RM50,000 - Sumber
SPRM telah menjalankan pemeriksaan terhadap jeti kayu bernilai RM50,000 di Kampung Mutap di Miri, Sarawak baru-baru ini dan tidak mendapati ada sebarang unsur rasuah dalam projek itu.
Kos projek jeti kayu RM50,000 kerana guna kayu belian - JKR Sarawak
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menjelaskan kos projek jeti sepanjang 15 meter dan lebar semeter di Kampung Mutap, Bekenu bernilai RM50,000 adalah kerana menggunakan kayu belian.