awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kos rawat sisa terlalu mahal dipercayai punca kekerapan kes pencemaran sungai

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/11/2020
05:35 MYT
Kos rawat sisa terlalu mahal dipercayai punca kekerapan kes pencemaran sungai
Pada Selasa, lapan kawasan di Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air bermula berikutan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kekerapan kes pencemaran sungai dipercayai berpunca daripada kos operasi merawat bahan sisa berjadual yang terlalu mahal sehingga menelan kos puluhan ribu ringgit.
Pakar Kualiti Air dan Permodelan, Ir. Dr Zaki Zainuddin berpandangan, syarikat industri kecil dan sederhana terpaksa mengurangkan kos operasi mereka berikutan impak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).
Justeru, beliau berkata industri-industri yang terkesan mengambil jalan mudah dengan membuang sisa tersebut secara haram.
“Saya nampak mungkin faktor banyak industri kecil dan sederhana mengalami kegawatan akibat PKP dan PKPB. Saya juga dimaklumkan banyak industri kecil yang sedang tertekan dan banyak terpaksa tutup kerana tidak mampu beroperasi.
“Jadi saya terfikir adakah ini mungkin juga memberi kesan kepada pengoperasian sisa buangan mereka sehingga mereka mengambil jalan mudah dengan melepaskan sisa buangan berbanding merawat dengan cara yang betul,” katanya kepada Astro AWANI dalam temu bual menerusi Skype pada Rabu.
Mengulas lanjut, Dr Zaki berkata pihak berkaitan disarankan mengadakan perbincangan dengan industri-industri kecil dan sederhana bagi membantu mereka yang benar-benar terkesan.
Katanya, tindakan tersebut boleh mengurangkan insiden sama berulang pada masa depan.
“Bagaimana mereka terkesan akibat PKP, adakah mereka terkesan dari segi rawatan sisa-sisa mereka, dan ambil pandangan mereka dulu sekiranya betul mereka terkesan.
“Mungkin seharusnya ada insentif-insentif tertentu yang boleh membantu mereka dalam melupuskan sisa yang mereka. Contohnya, mungkin dalam Belanjawan baru-baru ini, apakah insentif-insentif yang boleh diperuntukan kepada industri kecil dan sederhana,” jelasnya.
BACA: Kerajaan negeri tidak tolak pencemaran bau Sungai Selangor akibat sabotaj
Selain meningkat penguatkuasaan, beliau dalam masa yang sama mencadangkan agar pihak bertanggungjawab perlu melakukan pengurusan lembangan sungai secara mampan.
Katanya, risiko pencemaran tetap ada selagi terdapat kewujudan industri-industri di sekitar Hulu Muka Sauk.
Pada Selasa, lapan kawasan di Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air bermula berikutan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.
Topic Berkaitan
#perintah kawalan pergerakan
#haram
#PKPB
#PKP
#pencemaran Sungai Selangor
#pencemaran sungai
#Industri haram
#Insentif bantu pencemaran
#Kos operasi sisa mahal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan