awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM dedah sehingga 3,000 kontena e-waste diseludup masuk, siasatan diperhebat
WEF 2026: Kanada bantah keras tarif AS berkaitan isu Greenland
Ops Heart: SPRM periksa, geledah pejabat dan kediaman pengurusan tertinggi IJM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kos sara hidup punca belia tangguh kahwin, bina keluarga - Noraini

Bernama
Bernama
21/07/2025
13:15 MYT
Kos sara hidup punca belia tangguh kahwin, bina keluarga - Noraini
Noraini berkata berdasarkan laporan Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA), hampir satu daripada lima orang dewasa di 14 negara mengakui kemungkinan mereka tidak dapat memiliki bilangan anak yang diinginkan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tekanan kos sara hidup menjadi faktor utama ramai belia menangguhkan perkahwinan serta mengambil keputusan untuk berkeluarga walaupun hasrat itu tetap ada, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Noraini Ahmad.
Beliau berkata berdasarkan laporan Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA), hampir satu daripada lima orang dewasa di 14 negara mengakui kemungkinan mereka tidak dapat memiliki bilangan anak yang diinginkan.
"Daripada jumlah ini, 39 peratus menyatakan kekangan kewangan sebagai halangan utama termasuklah kos sara hidup, penjagaan anak, perumahan dan ketidaktentuan pekerjaan. Maka, di sinilah letaknya tanggungjawab kita untuk mendengar, memahami dan bertindak," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2025 hari ini.
Noraini berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu pasangan muda membina keluarga dalam suasana lebih stabil dan terancang termasuk cuti bersalin dan paterniti, subsidi pusat jagaan kanak-kanak, bantuan kewangan kepada keluarga berpendapatan rendah selain program kesedaran tentang kesihatan reproduktif serta kekeluargaan.
Mengenai trend penurunan kadar kesuburan di Malaysia yang kini pada tahap 1.7 anak bagi setiap wanita, jauh di bawah paras penggantian penduduk iaitu 2.1, beliau berkata kerajaan melaksanakan Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti (BuAI) yang menyasarkan 30,000 pasangan menjelang 2025.
Selain itu, Noraini berkata program pendidikan kekeluargaan dan kesihatan reproduktif seperti PEKERTI, SMARTSTART dan Kafe@TEEN dilaksana secara berterusan.
"Usaha-usaha ini adalah sebahagian daripada pendekatan holistik yang inklusif dan mesra belia... kita mahu anak-anak muda membina keluarga dalam suasana yang stabil disokong oleh dasar yang relevan dan dikelilingi oleh harapan, bukan kerisauan," katanya.
Beliau juga berkata sambutan Hari Penduduk Sedunia 2025 turut diperluas ke peringkat negeri dengan pelbagai program membabitkan lebih 5,000 peserta sepanjang Julai dan Ogos.
Majlis itu turut menyaksikan pelancaran Laporan State of World Population 2025 oleh UNFPA bertajuk The Real Fertility Crisis: The Pursuit of Reproductive Agency in a Changing World yang menggariskan cabaran dan peluang global dalam konteks kesuburan, pilihan reproduktif serta keadilan antara generasi.
Pelancaran laporan itu di Malaysia mencerminkan pengiktirafan antarabangsa terhadap komitmen negara dalam menangani isu kependudukan secara menyeluruh dan berasaskan bukti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kos sara hidup
#belia tangguh kahwin
#noraini ahmad
#UNFPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan