awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kos selenggara kereta menteri lebih RM1.6 juta dari 2020 - 2022

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
17/02/2023
11:00 MYT
Kos selenggara kereta menteri lebih RM1.6 juta dari 2020 - 2022
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam jawapan bertulis bagi Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat berkata, kos penyelenggaraan paling tinggi direkodkan pada tahun 2020 iaitu sebanyak RM672,000.
KUALA LUMPUR: Kos penyelenggaraan dan pembaikan kereta menteri bagi tempoh tiga tahun lalu melebihi RM1.6 juta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam jawapan bertulis bagi Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat berkata, kos penyelenggaraan paling tinggi direkodkan pada tahun 2020 iaitu sebanyak RM672,000.
Bagaimanapun, kos penyelenggaraan kenderaan menteri menunjukkan penurunan pada tahun berikutnya iaitu berjumlah RM478,991.50.
"Bagi 2022 pula kos penyelenggaraan adalah sebanyak RM450,690.66," kata Perdana Menteri dalam kenyataan bertulis itu.
Anwar menjawab soalan Chong Zhemin (DAP-Kampar) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan secara terperinci jumlah kos penyelenggaraan semua kereta menteri dari tahun 2020 hingga 2022.
Menjawab lanjut, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, menteri-menteri Persekutuan dibekalkan dengan Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) model Toyota Vellfire 2.5L bermula April 2021 bagi menggantikan model Proton Perdana 2.4L yang dihentikan pengeluaran.
Jelas beliau lagi, kerajaan telah membayar kos pajakan bulanan yang terdiri daripada kos sewaan serta penyelenggaraan dan pembaikan bagi setiap KRJ itu.
Pada Mac 2020, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih pentadbiran kerajaan selepas peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri kelapan sehingga Ogos 2021 sebelum diganti oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kos selenggara kereta rasmi menteri
#Muhyiddin Yassin
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan